Sebanyak mana pun dosa jika terdetik di hati mahu berubah pastinya akan ke arah lebih baik, begitu juga buat pempengaruh Indonesia, Lucinta Luna.
Sebelum ini dia tidak mengakui jantinanya dan melakukan banyak pembedahan terutamanya di bahagian wajah untuk kelihatan seperti wanita tulen.
Selepas mendengar nasihat netizen untuk menonton ‘seksa neraka’ yang ditayangkan di Indonesia, dia mula merasai takut akan azab.
Perlahan-lahan Lucinta memilih untuk berubah, menerusi Instagram dia mula membakar baju dalam dan menderma rambut palsunya.
Antara wanita yang menerima sumbangan rambut palsunya adalah mangsa kepada gigitan anjing.
“Pada 2024 aku akan memulakan perubahan yang sangat dahsyat. Daripada aku bakar, lebih elok disumbangkan .
“Aku dimaklumkan mengenai seorang gadis yang digigit anjing di kepala, jadi rambut palsu akan didermakan kepadanya,” ujar Lucinta.
Tambahnya dia juga sedang mencari pusat kanser untuk mendermakan selebihnya rambut palsu dan tidak mahu membazir wang dengan membakarnya.
Malah suaranya juga sudah tidak seperti wanita dan memilih untuk mengeluarkan suara lelakinya di media sosial.