Sepatutnya apabila salah seorang pasangan bekerja maka yang lagi satu menguruskan rumah, tak kiralah lelaki atau wanita.
Jangan meletakkan beban hanya pada satu bahu kerana tidak salah untuk lelaki menjadi suri rumah.
Buat wanita ini, dia gigih bekerja walaupun di hari cuti kerana suaminya memilih untuk berhenti kerja dek kerana usia sudah menjangkau 50an.
Menerusi luahan hati wanita tersebut, dia mengakui tidak kisah jika suaminya tidak bekerja namun mengharapkan sekurangnya beban menguruskan rumah diambil daripadanya.
“Saya seorang isteri bekerja. Sejak dua menjak ini, suami saya mula tak ambil tahu hal perbelanjaan rumah tangga.
Gaji saya sikit, RM1200 je lepas tolak semua. Itulah duit bil api air, kutu untuk roadtax kereta. Saya pakai kereta wira secondhand, belanja barang basah, kering, dan minyak kereta.
Setiap Sabtu dan Ahad, saya buka payung jual nasi lemak setiap pagi, masa cuti sahaja) Tapi itulah masih tak cukup.
Suami selalu guna untung jual nasi lemak untuk beli rokok, dan barang dia. Saya penat, penat sangat.
Umur suami saya dah 50 tahun tapi dia tak kerja, ada juga kebaikan, ambil anak dan hantar anak sekolah. Tapi itu sahaja.
Pukul 4 pagi saya bangun masak untuk anak-anak, balik kerja 7 petang kena masak, basuh dan sidai kain.
Malam pukul 12 baru rehat, urusan rumah pun suami buat tak tahu. Kenapa Allah uji saya begini, dapat suami yang tidak faham apa itu tanggungjawab.”
Baca juga: “Bila si penyondol ajar menyondol” – Netizen bengang lihat wanita ‘confess’ rampas suami orang