Rupa-rupanya isu penyampai radio, Tyzo diberhentikan secara tiba-tiba bukanlah satu perkara baru malah orang lama dalam industri turut menerima nasib sama.
Tapi isu tersebut membongkar kejadian disebalik layar yang tidak diketahui ramai pihak terutamanya yang mahu menceburi kerjaya itu.
Menerusi Instagram, Azrul Zaidi juga mendakwa pernah berdepan situasi sebegini malah mendakwa banyak penyampai yang hilang secara tiba-tiba.
Mungkin ramai tidak perasaan namun pendengar setia penyampai tersebut pasti merasa pelik apabila dj kegemaran mereka sudah tidak ke udara.
“Sebenarnya itu semua adalah percaturan pihak stesen radio yang mungkin hendak menjaga rating, klien atau sebagainya.
“Menariknya, kerja di radio tidaklah sukar tetapi politik di stesen radio lebih kejam berbanding di stesen televisyen seperti dilalui Tyzo,” ujarnya menerusi Instagram.
Tambahnya dia pernah diberhentikan secara tiba-tiba, lebih menyakitkan hal tersebut hanya diketahui pada hari tersebut tanpa alasan kukuh.
Malah sebagai penyampai radio berpengalama pastinya setiap stesen sudah mengetahu kebolehannya namun masih ada mengambil kesempatan.
“Aku pernah diminta untuk gantikan tempat penyampai radio yang meninggal secara tiba-tiba dan radia tersebut minta aku ganti tempat.
“Lepas dua minggu kerja aku tanya pengurus mana nak hantar invoice tapi tahu tak dia jawab apa.
“Oh ni tak ada bayaran kami nak uji kemampuan, habis dua minggu aku kerja untuk apa,” ujarnya.
Bukan sahaja Azrul malah penyampai radio Linda Onn juga berkongsi nasib sama diberhentikan pada hari terakhir tanpa notis.
Baca juga: Tiada kaitan dengan DJ Lin, terdedah punca sebenar kontrak Tyzo ditamatkan?