Apa guna membina satu keluarga jika pada akhirnya kawan juga dipilih ketika isteri dan anak memerlukan individu bergelar ayah.
Kadangkala mereka melihat lepak bersama rakan sebagai satu usaha untuk mengurangkan stress namun tidaklah sampai setiap hari hingga pasangan pula tertekan.
Seharusnya selepas berkahwin setiap individu perlu memastikan masa bersama keluarga dan melepak itu seimbang.
Seorang wanita akhirnya membuat keputusan untuk memohon penceraian daripada suami selepas lama bertahan dengan sikap tak endah pasangannya itu.
“Esok saya akan ke mahkamah untuk memohon perceraian. Saya dah tak bhagia dengan perkahwinan yang dibina selama tujuh tahun ini.
Kali ni hati saya dah tertutup walaupn perkhwinan ini memang saya inginkan sebab terlalu sayang.
Tapi sejak awal lagi kami selalu bergaduh saya dikasari kerana saya marah dengan sikap suami yang melebihkan kawan.
Saya hanya berjumpa dengan suami saya hanya beberapa jam sahaja. Selebihnya dia melepak dengan kawannya sehinga 5 ke 6 pagi, boleh kira berapa kali kami tidur bersama.
Hari cuti balik lewat, tidur sehingga 4 petang, bangun mandi dan keluar. Semua saya sediakan kereta, motor.
Saya jarang mntak duit sebab saya pun berkerja dan sentiasa cari peluang untuk dapat rasa pendapatan lebih bagi menanggung hidup saya dan anak-anak.
Bbila minta, dia akan pinjam semula duit tu dekat saya, senang kata saya tak pernah dapat nafkah daripada suami sendiri sejak bertahun.
Barang dapur saya beli sendiri. Dia hanya habiskan duit dekat k*tum, j*di dan kawan-kawan. Saya selalu minta petunjuk daripada tuhan tapi yang sy nampak dia kerap mengasari saya tidak kira dekat mana pun.
Mungkin ini adalah petunjuk yang jodoh kami tidak kekal lama. Jika dia nak ambi anak untuk ugut saya, ambil, saya dah tak kisah.
Saya nak hidup saya aman dan tidak terikat lagi supaya saya dapat beribadah kepada Allah dengan tenang.
Saya akan menanggung smua pedih ini sendiri sehingga habis eddah dan maklumkan kepada keluarga. Hati saya telah tertutup untuk selama-lamanya.”
Baca juga: “Aku sentiasa senyum depan suami. Dosakah aku pura-pura bahagia tapi hati derita”