Senang rupanya buat Creme Brulee, guna 3 bahan sahaja

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau pergi dekat Ikea, mesti laju beli Creme Brulee sebab rasa lemak manis dia, memang sesuai dijadikan manisan lepas makan.

Rupanya tak susah pun nak buat, guna tiga bahan sahaja pun menjadi, kalau buat masa majlis hari raya nanti ‘confirm’ berebut.

Ini ada resipi yang dikongsikan Che Sayang Kitchen menerusi akaun TikTok.

Resipi Creme Brulee

Bahan bahagian bawah:

  • 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla
  • 2 kuning telur

Bahan bahagian atas:

  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air

Nota: Lebih elok gunakan air panas untuk teknik water bath. Panaskan ketuhar 170 celcius selama 5 minit sebelum membakar.

@chesayang_kitchen

Episod 165 | Resepi Creme Brulee | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh dalam 6 pcs👉🏻 Bahagian bawah – 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla – 2 kuning telur Bahagian gula – 3 sudu besar gula – 1/2 cawan air Nota: Lebih elok gunakan air panas untuk water bath. Pre-heat oven 170 celcius selama 5 minit sebelum membakar #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #cremebrulee #dessert #ForYouMalaysia

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Cara-cara penyediaan:

  1. Guna 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla dalam satu bekas.
  2. Kacau sehingga ia cair.
  3. Kemudian, masukkan 2 biji kuning telur sahaja. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Selepas ia sebati, boleh curahkan ke dalam acuan.
  5. Setelah masukkan semuanya ke dalam acuan, boleh sediakan ia untuk waterbath.
  6. Letakkan sedikit air di dalam dulang dan susun acuan ke dalam dulang tersebut.
  7. Bakar dalam suhu 200 celcius kira-kira 20 hingga 30 minit.
  8. Sejukkan creme brulee ini semalaman atau dalam peti sejuk.
  9. Untuk bahagian atas pula, panaskan 3 sudu gula dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  10. Didihkan sehingga ia keperangan.
  11. Kemudian boleh tuang ke atas creme brulee yang sudah disejukkan.
  12. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk dan ia sedia untuk dinikmati.

Baca juga: Rangup di luar berongga di dalam, jangan lupa buat langkah ini ketika uli Cakoi