Pelawak Shuk Sahar mengakui berdepan detik sukar dalam hidupnya selepas terpalit dengan isu curang sehingga kemelut rumah tangganya menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Jelas Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, dia pernah dipandang penuh kebencian oleh orang ramai.
Malah, keretanya miliknya juga pernah diludah ketika sedang makan di Pulau Pinang.
“Masa tu aku pergi makan char kuay teaw dekat Pulau Pinang dan ada seorang mak cik datang dengan keluarga.
“Dia nampak aku dekat meja, dia tengok aku sambil dia bercakap dengan anak dia. Reaksi muka yang benci.
“Aku parkir kereta dekat tempat meja aku makan. Masa mak cik tu nak gerak mungkin dia tahu itu kereta aku, dia ludah dekat kereta aku.
Meski panas hati dengan perbuatan wanita terbabit, pelakon filem Adnan Sempit 2 itu hanya mendiamkan diri kerana sedia maklum dengan ‘cancel culture’ atau satu bentuk pemulauan sosial.
“Rasa nak bangun kerana marah tetapi waktu itu kes saya tengah meletup, orang kedai pula pandang saya semacam.
“Jadi, saya tidak buat apa-apa. Itu tahap cancellation rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Shuk berdepan krisis rumah tangga dengan bekas isterinya, Sera kerana didakwa bermain kayu tiga dengan wanita lain yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Baca juga: Kalau nak beli sebekas mahal, sikit pula tu! Wanita kongsi resipi paru goreng ‘crispy’