Bukan setiap masa mereka yang berada di dalam industri seni mempunyai pekerjaan, ada yang mencari pendapatan asing demi kelangsungan hidup.
Pelakon dan penyanyi yang pernah terkenal satu ketika dahulu, Danny X-Factor masih meneruskan perkerjaan sebagai pemandu e-hailing.
Menurut Harian Metro, Danny turut mengambil kesempatan untuk bersedekah bagi golongan layak seperti Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar sekolah.
“Kadangkala ada golongan pelajar sekolah yang naik kereta saya mahu ke perpustakaan dan sebagai.
“Apabila nak bayar, saya suruh dia simpan wang dan beritahu saya niat sedekah dan minta mereka belajar rajin-rajin.
“Begitu juga kalau penumpang dari golongan OKU, saya takkan ambil wang kerana bersimpati dengan keadaan mereka.
“Yang penting ialah doakan saya murah rezeki. Itu pun sudah cukup,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Sudah menceburi bidang profesion sejak 2017, penyanyi tersebut mengakui rasa seronok memandu dan menyarankan rakan artis yang tidak mempunyai pekerjaan melakukan hal sama.
“Tak dinafikan mulanya buat sekadar suka-suka, kemudian tengok rezeki pendapatan macam alhamdulillah.
“Ramai juga jumpa kawan-kawan artis yang tiada kerja dan saya cadangkan buatlah e-hailing.
“Mungkin ada yang malu dan ada sesetengah tiada kereta sendiri. Petuanya mudah sahaja. Kalau rajin semua benda boleh jadi,” tambahnya.
“Sekarang, boleh katakan kalau ada tawaran berlakon pun, saya lebih pilih buat e-hailing. Pendapatan bergantung atas diri kita. Kena tahu masa yang sesuai,” katanya.
Percaya pendapatan bergantung pada rezeki
Danny bagaimanapun tidak pernah mengeluh jika hanya dapat RM10 sehari, baginya adalah lebih penting jika penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.
Tambahnya, apa yang penting adalah cukup rehat dan dompet tak kosong.
“Apapun saya kena pastikan cukup rehat. Hari-hari duit dalam dompet tak kosong untuk berbelanja.
“Kadangkala ada sasaran untuk bayar contohnya pelbagai bil dalam bulan tertentu.
“Jadi saya tetapkan beberapa hari untuk bekerja bagi dapatkan jumlah yang dikehendaki,” katanya.
Baca juga: “Kerja tak susah tapi politik radio sangat kejam” – Azrul Zaidi dedah perkara yang ramai tak tahu