Bagi pemilik kediaman atas tanah pastinya sedar akan betapa cepatnya rumput kecil ini tumbuh walaupun dicabut berulang kali.
Rupanya guna satu bahan ini sahaja pun boleh mengurangkan rumput yang tumbuh di merata tempat.
Seorang pengguna TikTok, @kebunkecilkaktin berkongsi cara paling mudah untuk mematikan rumput liar ini.
Bahan utama dia adalah garam kasar, bahan ini senang untuk didapati di pasaran malah mak-mak mesti ada simpan stok ini di rumah.
Tip matikan rumput guna garam
Bahan:
- Garam Kasar
Cara-cara:
- Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
- Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.
- Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
- Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula.
- Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.
Bagi ibu atau bapa tunggal yang anak semua duduk jauh, boleh cuba tips ini untuk mengurangkan jumlah tenaga untuk mencabut rumput.
Baca juga: Makan saja pun sedap! Ini resepi mudah solok lada buat mereka yang ‘baru belajar’