Dapur yang cantik bukanlah terletak pada hiasan semata-mata, tetapi pemilik wajar mengambil kira aspek kedudukan setiap perkakas elektrik anda.
Bukan semua peralatan elektrik boleh diletakkan sebelah menyebelah. Silap susun atur, melayang duit anda!
Artikel kali ini, kami akan kongsikan panduan dari seorang pakar kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad berkenaan susun atur terbaik bagi setiap barangan elektrik di rumah.
Yang penting, ada sebab mengapa peti ais tidak digalakkan untuk diletakkan sebelah-menyebelah dengan ketuhar gelombang mikro atau oven.
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya.
Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto ini tentang kedudukan peralatan dapur.
Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini.
Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Kedudukan pengering baju, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (Mikrowave dan pengering baju), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk iaitu peti sejuk.
Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga.
Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
Saya pernah kongsikan, tips reka bentuk dapur yang baik.
Moga bermanfaat dan cantikkan dapur kita agar isteri bangga ada suami yang sediakan dapur kerja yang baik buat keluarganya.
Baca juga: Pening kepala nak uruskan rumput liar dan panjang? Guna 1 bahan ni ‘confirm’ tak tumbuh dah