“9 tahun jadi biras tak pernah sekali pun dia masak, semua aku dan suami belikan, sekali mak mentua mengadu…”

Oleh MAISARAH AISYA

Sudahlah tak menghulurkan bantuan, makanan basah juga tidak dibeli hingga akhirnya orang lain terpaksa menguruskannya.

Seorang wanita memuat naik luahan mengenai birasnya di Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.

Menurutnya si biras sepanjang sembilan tahun mengenali sering memberi pelbagai alasan untuk tidak membantunya memasak di dapur.

“Saya ada sorang biras umur kami sebaya (35+). Dah 9 tahun dia jadi biras saya. sepanjang 9 tahun tu, dia tak pernah tolong saya memasak tiap Kali kami berkumpul di rumah mertua.

Kalau berkumpul rumah dia pun, saya dan mentua yang akan masak dan beli makanan dari luar.

Awal-awal dulu saya boleh tolak ansur lagi sebab alasan dia anak kecil dan tak pandai masak.

Tapi masa makan, boleh pula makan sekali dengan suami dia walaupun saya yang masak ni tak sempat nak makan lagi.

Ini termasuklah bila nak sambut raya atau ada kenduri. Sekarang dah 9 tahun, masih alasan yang sama dan alasan tambahan takut kena minyak.

Tapi tiap kali masa makan sekarang ni dia bergilir tunggu anak kecil dengan suami dia.

Bukan bab masak saja. Bab membeli barang-barang basahdan dapur pun saya dan suami ja yang akan beli. Sarapan pun asyik suami saya saja yang beli.

Biras dan suami selalu bangun lewat, jadi, suami saya lepas subuh terus keluar cari sarapan untuk semua orang.

Kalau saudara mara biras saya datang ke rumah mentua, saya yang kena buat air dan sediakan makanan.

Biras dan suami dia santai-santai saja kat rumah tamu bersembang dengan saudara mara diorang.

Tapi masa saudarasaya datang, diorang tak buat apa pun. siap duduk memerap dalam bilik.
sebelum ni saya fikir, tak apalah sebab kami jarang-jarang balik.

Mak mentua mengadu

Rupanya kalau saya dan suami tak balik, mentualah yang masak, beli barang dapur dan uruskan anak-anak mereka.

Mak mentua dah cecah 60 tahun, bila ditegur alasan sama diberikan malah masa banjir dulu mereka tak bantu bersihkan lumpur dan biarkan saja mak mentua buat seorang diri.

Saya cerita semua kat suami, lepas tu suami dah tak bagi saya masak. Dia pun dah tak nak belikan sarapan.

Kami buat keputusan, tiap Kali balik kampung, pastikan makan dulu dan sampai di kampung lepas waktu makan tengahari.

Kalau bermalam, esoknya bawak anak-anak jalan dan makan kat luar.”

Baca juga: “Muntah darah bila dia tunjuk janin gugur, ini terjadi sebab dia rapat dengan mentua”