Uyaina dapat wang tunai daripada Raja Permaisuri Agong, tapi jumlah duit di tangan Permaisuri pula dikira netizen

Oleh KIM SYAZIE

Hantaran terbaru pengacara Uyaina Arshad yang berkongsi momen indah apabila menerima hadiah wang tunai daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menjadi bualan netizen.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Uyaina berkata Raja Permaisuri Agong berkenan memberikan wang tunai kepadanya selepas mengetahui dirinya sedang hamil.

“Wehhhh Raja Permaisuri Agong bagi saya duit sebab mengandung. Tapi bukan untuk saya lah, untuk anak.

“Nak simpanlah duit ni. Jadikan ibu duit supaya duit anak saya boleh beranak pinak,” ciapnya sambil berkongsi video momen indah tersebut.

Dalam video yang dikongsi, jelas terlihat Raja Permaisuri mengira beberapa wang tunai not RM50 selepas Uyaina meminta baginda mendoakan keselamatan kandungannya 

Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian netizen adalah jumlah wang yang sedang dikira baginda Permaisuri untuk diberikan kepada Uyaina.

Ada yang mengatakan Uyaina menerima RM400 dari Permaisuri Agong.

“Tengok berapa banyak Permaisuri kira duit tu”

“Nampak dalam RM400, tapi mungkin lebih sebab video dah potong”

“Lamanya Permaisuri Agong kira duit, berapa dia nak bagi tu”

“Bukan saya tengah kira berapa keping duit Raja Permaisuri tengah ambil dekat belakang. hihi gurau. Alhamdulillah syukur, orang kata rezeki anak! Suka tengok sifat Raja Permaisuri sangat keibuan” kata netizen lain.

Baca juga: “9 tahun jadi biras tak pernah sekali pun dia masak, semua aku dan suami belikan, sekali mak mentua mengadu…”