Nak buat pizza tapi tak ada doh? Rupanya guna roti gardenia lagi senang

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang nak jimat tapi teringin nak makan pizza buatan sendiri, boleh sahaja gantikan doh dengan roti gardenia.

Senang dan sedap siap boleh bagi anak hias sendiri mini pizza mereka dengan bahan yang mereka mahukan.

Resipi ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Auni page menerusi halaman ‘Resipi Mama’.

Resipi pizza roti gardenia

Bahan-bahan :

  • Roti Gardenia
  • Keju
  • Sosej dicelur
  • Cendawan – potong kecil dan celur
  • Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
  • Bawang Merah potong halus
  • Cili besar – potong halus
  • Daun parsley

Cara-cara:

  1. Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.
  2. Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
  3. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

Cepat dan ringkas, sesuai dijadikan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak, nak makan lebih pun tak ada masalah.

Selamat mencuba!

Baca juga: Jangan cuba kalau takut ketagih, ini resepi unik Cornflakes Salted Egg – “Pedas, manis dan berlemak!”