Tak puas hati adik ipar sibuk bercuti, tak fikir soal nak ada anak, wanita tergamak hantar sihir

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada manusia yang sanggup menggunakan sihir bagi memenuhi rasa busuk hati walaupun dengan keluarga sendiri.

Alasan yang diberikan adalah kerana adik iparnya dilihat terlalu bahagia tanpa anak, sehingga timbul rasa cemburu.

Luahan hati tersebut dimuat naik menerusi pengguna X, Meinmokhtar yang meminta pendapat orang ramai apakah dia perlu menarik balik sihir sebelum dirinya kantoi.

“Sumpah aku tak tahu nak buat apa sekarang. Aku santau adik ipar aku, mula niat aku cuma nak dia sakit sikit dan gaduh dengan adik aku sahaja.

“Sebab dah dua tahun kahwin asytik pergi bercuti dengan adik aku, beli meas, anak tak reti iktiar pun. Aku ni anak dah tiga.

“Mak aku mestilah nak tengok cucu daripada adik aku juga tapi tak reti-reti nak ikhtiar. Anak aku pun dah besar, bukan baby. Tapi dua ekor sial tu masih nak enjoy”, ujarnya.

Perut adik ipar membusung, kena berhenti kerja

Dek kerana busuk hatinya, si adik ipar kini menderita apabila perutnya membusung hingga si suami berniat mahu bercerai.

“Tapi sekarang ak tak tahu macam mana nak tarik balik sihir tu. Adik ipar dah berhenti kerja, perut membusung, bau badan busuk sangat.

“Adik aku pun minggu lepas tanya mak aku patut cerai ke tak dengan perempuan tu. Aku memang gembira tapi kesian sebab perempuan tu anak yatim.

“Cumanya mak suruh ikhtiar berubat dulu. Ada kemungkinan ke aku akan kantoi? Sumpah aku takut kalau adik aku tahu, aku nak tarik balik sebelum diorang check,” tambahnya.

Rata-rata warganet turut melabel wanita tersebut busuk hati kerana cemburu akan perjalanan hidup adik iparnya.

“Semoga kantoi, dan semoga kau takkan rasa nikmat happy sampai bila-bila. Jenis busuk hati, tak boleh tengok orang happy.

“Orang tu pergi becuti mungkin sebab nak kurang tekanan, serabut kepala dengan orang yang sibuk tanya mengenai anak macam kau.

“Dosa kau ni sampai ke masyar akan dituntut. Mamposla kau, busuk hati. Ingatlah azab Allah tu pasti. Kau memang boleh tarik, tapi selagi tak minta ampun pada adik ipar bermacam bala Allah akan balas,” antara komen warganet.

Baca juga: “Suami beria kenen rakan sekerja wanita untuk adik, aku mula rasa ada sesuatu tak kena”