Sate dah naik harga? Cuba resipi ini, boleh kongsi makan dengan sanak saudara lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi peminat setia makanan pasti sudah sedar akan pertambahan harga untuk satu cucuk sate yang rata-rata sudah melebihi harga RM1.

Kalau nak makan ramai-ramai dengan ahli keluarga mesti rasa risau takut terlebih bajet pula masa tengah sedap menikmati makanan.

Bolehlah cuba resipi ‘sate ayam Amira’ yang dikongsi Lisa Aisha menerusi Facebook ‘Aneka resepi untuk anda’.

Resipi sate ayam

Bahan-bahan:

  • 1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit (dipotong dadu)
  • 1 ½ suudu besar Biji Ketumbar (disangai dan dikisar)
  • 1 ½ sudu besar Jintan Manis (disangai dan dikisar)
  • Segenggam Serai (dipotong halus dan dikisar)
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 10 biji Bawang Merah (dikisar)
  • 500gm Gula
  • ½ cawan Minyak Masak
  • Lidi sate secukupnya (perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam)

Cara memasak:

  1. Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.
  2. Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar, jintan manis, serai dan bawang merah sehingga halus.
  3. Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula, serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata. Biar 30 minit dalam peti sejuk.
  4. Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi sate, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi sate. Cucuk sehingga selesai. Siap untuk dibakar (sebaiknya dengan kayu [email protected]).
  5. Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas sateapabila dibakar, supaya aroma sate akan lebih wangi dan menyelerakan.
  6. Jika nak bakar sate lambat lagi, bolehlah packingkan sate dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila hendak gunakan barulah defrost.

Selamat mencuba!

Baca juga: Nak buat pizza tapi tak ada doh? Rupanya guna roti gardenia lagi senang