Siapa menyangka seorang suami sanggup mencari orang kedua ketika isteri sedang sarat mengandung benihnya.
Sudahlah curang, sanggup membiarkan isteri diganggu penyondol malah melebihkan wanita lain.
Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup menduakan dirinya dan melafazkan cerai ketika dia sedang mengandung.

“Masa saya tengah sarat mengandung anak kedua, suami jatuhkan talak sebab dia tergilakan seorang janda ini.
Saya ambil nombor telefon janda tersebut dan hubunginya namun dia mendakwa dia hanya berurusan dengan suami atas berniaga semata.
Sedangkan saya perasan suami kalau balik rumah sahaja mesti dalam keadaan seperti baru lepas mandi.
Bila perempuan tersebut beria menidakkan maka saya jadi percaya dan mula berkawan dengannya walaupun sduah dinasihatkan kawan untuk tidak mempercayainya.
Dia provokelah sampai saya terluah masalah kami suami isteri, saya memang tak ada tempat mengadu masa tu tambah tengah sarat mengandung memang emosi tu tak stabil.
Makin lama makin menjadi suami saya asyik nak marah, perangai pun dah berubah. Si janda tu masih berlakon baik siap maklum nak tolong hantar kalau nak bersalin.
Masa tengah sarat mengandung saya kena pukul sampai berdarah semua sebab janda tu.
Rupanya yang selama ni acah-acah nak jadi kawan tulah penyondol yang duduk hadap suami saya sampai suami jatuhkan talak pada saya.
Saya bawa diri saya dan suami pula pindah masuh rumah janda tu tanpa rasa kasihan dan bersalah pada saya.
Saya bersalin dan berpantang seorang diri, kalau suami datang melawat pun si janda tu akan hubungi dia setiap waktu untuk suruh dia balik.
Rupanya bekas suami dia pernah cerita yang si janda ni memang suka bertukar-tukar lelaki walaupun dah ada suami.
Sekarang saya dah pindah jauh dari dia tapi dia tetap cuba nak tarik suami saya pergi dekat dia, banyak benda dia buat untuk puaskan hati sendiri tanpa belas kasihan kepada wanita lain.”