Bimbang pengaruh buruk dan video tak ditapis, 5,000 ibu bapa nekad saman TikTok

Oleh MAISARAH AISYA

Jika menggunakan sosial media, pastinya ramai sedar jumlah kanak-kanak yang menggunakan TikTok adalah tinggi.

Tambahan kandungan tidak ditapis senang untuk tersebar ke akaun mereka hingga menyebabkan kesukaran bagi menghalang mereka daripada melihatnya.

Seharusnya ibu bapa yang mengawal anak-anak daripada melayari kandungan tidak ditapis namun lain pula kejadiannya di Amerika Syarikat.

Melihat terlalu banyak kesan buruk terhadap anak-anak, seramai 5,000 ibu bapa di Amerika Syarikat menyaman platform video pendek, TikTok.

Menurut portal be­rita Dexerto, sebuah badan perlindungan pengguna, ClaimsHero mewakili golongan tersebut.

Julai tahun lalu, TikTok menambah terma bahawa pengguna Tiktok hanya dibenar memfailkan tuntutan dalam tempoh setahun mereka membuka akaun di situ.

Laman web ClaimsHero kemudian mendakwa TikTok ialah senjata yang disasarkan kepada anak muda di Amerika.

Kandungan di sana dikatakan memaparkan video dengan aksi ganas, seksual dan juga bunuh diri tanpa henti yang menya­sarkan kanak-kanak seawal usia 12 tahun.

Disebabkan hal tersebut, setiap ibu bapa layak mendapat ganti rugi sehingga AS$10,000 (RM47,140).

Tindakan undang-undang itu dibuat selepas insiden diceritakan oleh seorang wa­nita, Brittany Edwards mengenai anak perempuanya yang memuat naik video mahu membunuh diri.

“Anak saya berubah sepenuhnya dan dia banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit,” kata Brittany kepada akhbar New York Post.

Jangan terkejut! Tapi ini bukanlah kali pertama TikTok berdepan saman ibu bapa kerana sebelum ini pada Julai 2022 mereka di saman berikutan cabaran ‘blackout challenge’.

Baca juga: Pelanggan ini cipta rekod di restoran nasi kandar, belanja RM218 untuk satu kepala