Pasangan TikTokers iaitu Akash Elahi dan isteri, Vanny Alberti pernah disoroti ramai selepas dua kali menyambut kelahiran cahaya mata dalam masa kurang setahun.
Mana tidaknya, Venny yang masih belum sembuh itu kembali disahkan hamil selepas empat bulan melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan atau caesarean (Czer).
Beberapa rakaman video memaparkan kesulitan dan kesakitan dihadapi oleh Venny ketika mengandung anak kedua turut ditularkan di akaun TikTok milik @akashellahi.
Terbaharu, khabar mengenai kegoyahan rumah tangga pasangan dari Indonesia itu mula tular dalam tempoh belum genap enam bulan anak kedua mereka dilahirkan.
Mengundang perbincangan hangat, khabar duka tersebut disampaikan sendiri oleh sang isteri iaitu Venny menerusi satu hantaran di Instastory miliknya, baru-baru ini.
Hantaran Venny yang memaparkan gambar dokumen dipercayai surat penceraian itu telah ditandatangani wanita tersebut sebelum mendakwa mereka telah pun berpisah.
Turut mendakwa suaminya bermain kayu tiga, Venny juga memuat naik satu tangkap layar memaparkan pesanan secara terus (DM) yang ditujukannya kepada ‘penyondol’.
“Sekarang aku sudah bercerai. Mesti kamu bangga kan? Silakan, jikalau kamu mahu mendekatinya (Akash). Kini sudah tiada halangan. Kalau sebelum ini, dikirakan sudah menganggu suami orang,” kata Venny di DM Instagram.
Dakwaan tersebut bagaimanapun disangkal Akash yang menegaskan perbalahan mereka sebenarnya berpunca daripada sikap kasar dan tidak bertanggungjawab Venny.
Jelas Akash, isterinya Venny terlalu sibuk dengan urusan peribadinya sehingga sanggup mengabaikan anak-anak termasuklah bayi mereka yang masih kecil, lapor Gridpop.
Akash yang merupakan lelaki asal Pakistan itu berkata, dirinya sering dikasari isteri di rumah dan di tempat awam malah wanita tersebut juga pernah meludah ke wajahnya.
Setiap kali berlakunya perselisihan faham, wanita kelahiran Kalimantan Barat itu juga pernah menghilangkan diri bahkan sering keluar dari rumahnya selama berhari-hari.
Berputus asa setelah mencuba sedaya upaya untuk mendidik Venny, Akash mengaku kesabarannya hilang sebelum memutuskan berpisah dengan wanita berusia 21 tahun itu.
Tiktokers itu bagaimanapun berjanji akan menjalankan ‘separuh’ tanggungjawab dalam menjaga kebajikan dua-dua anak dan juga isterinya selepas mereka berpisah.
Baca juga: “Pelamin anganku musnah, bakal suami ‘pendiam’ jalin hubungan sulit dengan rakan sekerja”