Sebuah syarikat bas di Singapura diibarat seperti gula dihurung semut selepas jawatan kosong yang diiklankan mereka mendapat sambutan menggalakkan
Dilaporkan, syarikat Westpoint Transit Pte Ltd membuka jawatan kosong dengan gaji yang lumayan sebanyak SG$5,000 atau RM17,666 untuk pemandu bas.
Laman berita Mothership melaporkan, syarikat itu menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas sejak jawatan itu diiklankan pada 15 Januari lalu.
Seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee berkata, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan.
Kira-kira 60 peratus pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar.
Baca juga: “Jangan terpengaruh kahwin awal, baca kisah suami aku sebelum buat keputusan”