Bukan senang untuk memilih pasangan untuk hidup bersama, ditambah pula faktor keluarga pasangan juga penting.
Tak kisahlah sebaik mana sekalipun pasangan, jika keluarganya tidak menerima maka hubungan suami isteri akan berakhir dengan pergaduhan.
Seorang wanita memuat naik luahan menerusi IIUMC mengenai ipar duai dan keluarga mentua yang masih sukar menerimanya walaupun sudah lima tahun berkahwin.
“Saya berumur lingkungan 30-an, mempunyai seorang anak perempuan berumur dua tahun, dan kini berkerja sebagai penjawat awam di utara tanah air.
Saya dan suami dah berkahwin hampir lima tahun dan masalah kami yang utama adalah keluarga dia.
Kebanyakan pergaduhan besar kami semuanya ada kena mengena dengan keluarga dia, saya tak maksum, ada masa saya tahu salah saya tapi mentua anggap saya orang luar.
Kakak ipar tak suka sebelum kahwin lagi
Sebelum saya berkahwin dengan suami, saya dapat tahu yang kakak ipar saya ada bercakap mengenai saya dengan bekas kekasih kepada suami saya.
Katanya saya ni bukan menantu pilihan kerana saya garang dan tidak reti bersosial. Mak ayah dia tak sukakan saya kerana muka saya tak nampak manis.
Pada mula-mula usia perkahwinan kami, saya berusaha untuk memenangi hati keluarga mentua saya. Saya telefon mentua saya bila saya ada masa lapang.
Keluarga mentua nak cucu lelaki
Bukanlah kita boleh memilih jantina anak yang dikandung kerana itu rezeki Allah, diberi peluang mengandung sahaja sudah bersyukur.
Tapi bapa mentua tak boleh terima dan tetap berkeras mahukan cucu lelaki masa saya mengandung anak perempuan.
Bapa mentua kata satu keluarga itu tidak lengkap tanpa anak lelaki seolah-olah anak perempuan itu bukan rezeki.
Ayah mentua saya juga pernah marahkan biras saya sehingga terkeluar ayat yang menyatakan biras saya tu cuma orang luar.
Tambahnya biras tidak berhak nak katakan apa-apa berkaitan keluarga mentua saya. Padahal biras saya tu dah berkahwin dengan ipar saya hampir 30 tahun.
Suami adalah bapa yang baik buat anak-anak namun sikap keluarganya buat saya tidak tahan.
Saya bukan menantu yang melahirkan zuriat menyambung keturunan keluarga mertua saya. Tapi saya dilihat sebagai orang yang boleh diminta tolong bila dalam kesusahan.
Saya dah penat nak puaskan hati keluarga mentua dan hanya menjaga hati sendiri, suami juga sudah mula memahami.
Saya berhenti salam dan bercakap dengan kakak ipar saya yang kematian suami tu. Dia kata saya orang luar yang berpura-pura baik depan keluarga dia, jadi buat apa nak susah buat baik.
Saya tak tahu sampai bila saya boleh hadap keluarga mertua saya. Saya mohon doa untuk saya terus kuat supaya saya boleh hidup dengan suami dan anak saya sehingga ke akhir hayat kami.”
Baca juga: “Jangan terpengaruh kahwin awal, baca kisah suami aku sebelum buat keputusan”