Kalau lihat di media sosial pastinya ada sahaja lalu penjual makanan viral ini, bila sudah tular maka berebutlah orang nak menjual.
Tapi jika anda bukan jenis yang suka keluar maka boleh cuba resipi ini di rumah, senang dan boleh jadikan aktiviti memasak dengan anak lagi.
Resipi ini dikongsikan sendiri oleh penjual ‘Jelly ball’, Shakila AB Rashid menerusi Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
“Saya kongsikan resipi ‘Jelly ball’ yang saya jual. Acuan korang beli sahaja dekat Shopee atau kedai bakeri.
“Nak dapat bentuk bulat yang cantik kene isi penuh acuan baru tutup, akan ada lelehan dekat luar. Abaikan sahaja yang terkeluar tu boleh bagi anak-anak makan,” ujarnya.
Resipi Jelly Ball
Bahan-bahan:
- 1pek serbuk jelly 10g plain
- 1/2 pek (5g) serbuk agar plain
- 250g gula
- 1200g air
- kordial lion (ikutlah nak perisa apa)
Cara-cara:
- Satukan serbuk jelly serbuk agar-agar dan gula
- Campurkan dalam air
- Masak hingga mendidih. (sentiasa kacau bagi semua bahan larut)
- Bahagi kepada beberapa bahagian. (saya bahagi 3)
- Setiap bahagian letak dua sudu besar kordial
- Tuang dalam acuan dan tutup. (Kalau tiada acuan bulat, boleh sahaja guna yang lain cuma lebih cantik kalau bulat).
- Biar suam sikit baru masuk peti.
- Siap!
Selamat mencuba!
Bagi mak-mak yang suka buat makanan viral untuk anak-anak bolehlah cuba resipi ringkas ini, nak buat pendapatan sampingan pun boleh.
Baca juga: Senang rupanya nak buat! Ini resipi kuetiau theng, sekali makan mesti bertambah!