Semakin hari, dapat dilihat pengarah drama melayu kian berani memasukkan babak panas, tambahan pelakon juga sudah tidak segan melakonkan babak tersebut.
Babak panas sering dilihat dalam drama luar negara namun jarang diadaptasi ke drama dengan budaya Melayu dan beragama Islam.
Pelakon yang terkait dengan adegan panas kali ini ialah Shukri Yahaya, sebelum ini Amir Ahnaf juga menjadi mangsa serangan netizen kerana ‘soft porn’.
Rasa bersalah terhadap isteri
Bagi Shukri Yahaya dia mengakui dihimpit rasa bersalah terhadap isterinya, Tya Adnan selepas babak tersebut ditayangkan lapor Kosmo! Online.
“Nak kata isteri saya okey dengan adegan antara saya dengan Alya Iman itu tidaklah, saya sendiri pun macam ‘alamak, mesti isteri aku akan terasa ni buat babak ini’. Saya memang rasa bersalah.
“Saya terus maklumkan pada dia mengenai perkara tersebut, tambahan pula itu adalah hari pertama penggambaran, masing-masing ikut skrip saja.
“Apa pun saya lega isteri sangat memahami, tapi selepas ini saya akan sentiasa menjaga perasaan dan sensitiviti semua pihak,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama, Shukri akui berang apabila ada sesetengah individu yang sengaja menghantar klip pendek adegan tersebut kepada isterinya.
Tambahnya, Tya tidak pernah menonton drama yang dilakonkannya jadi tindakan individu tersebut dilihat sengaja mahu membuat dirinya dan isteri bergaduh.
“Ketika babak tersebut ditularkan, saya dan Tya tidak bertelagah kerana isteri saya sejak dahulu lagi memilih untuk tidak menonton drama lakonan saya.
“Tapi ada juga segelintir pihak cuba melakukan provokasi dengan menghantar klip video tersebut ke akaun media sosial Tya.
“Mujur dia positif dengan tidak menjadikan hal sebegitu sebagai isu,” tambahnya.
Kongsi semua dengan isteri
Shukri juga sentiasa memaklumkan isterinya mengenai perkembangan dirinya di tempat penggambaran malah setiap babak turut dijelaskan.
“Saya banyak bercerita dengan isteri. Contohnya kalau balik dari lokasi penggambaran saya akan maklumkan hari ini ‘shooting’ dengan siapa dan sebagainya.
“Kadang-kadang saya ambil gambar saya ketika ‘shooting’ untuk bagi perkembangan terkini supaya dia tahu apa saya selalu buat di set,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon ‘Layang-Layang Perkahwinan’ itu sudah tampil memohon maaf kepada mereka yang tidak selesa dengan babak tersebut.
Baca juga: Terburu-buru cakap hidap kanser, Sajat jelas situasi sebenar – “Sebenarnya doktor cakap saya..”