Zaman sekarang orang ramai sudah tidak segan silu memuat naik dosa mereka di media sosial malah meraih pendapatan daripada aktiviti terkutuk itu.
Sebelum ini tular individu yangdikenali sebagai ‘Hot Daddy’ disyaki membuat iklan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.
Bapa kepada tiga anak itu turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama dua teman wanitanya pada Jumaat lalu.
Menurut Harian Metro, ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Tertuduh adalah Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan Norhidayah Mahadi, 24, yang bekerja sendiri bersama pengurus swasta, Norshazrina Md Zamri, 27,
“Faham dan tidak (bersalah),” kata mereka seperti dipetik Harian Metro.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X yang mana orang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.
Kesalahan itu dilakukan di Pejabat D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman, di sini, 10.10 pagi, 16 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Minta ikan jamin kadar minimum sebab jaga bapa sakit
Peguam, Mohd Faris Abrar Othman yang mewakili semua tertuduh, merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum.
Menurutnya, tiada elemen menunjukkan mereka akan melarikan diri kerana anak guamnya adalah rakyat tempatan malah keluarga mereka tinggal di sini.
“Hasli Ikhwan perlu menjaga bapanya berusia 67 tahun yang mempunyai sejarah sakit buah pinggang selain mempunyai tiga anak berusia 12, 10 dan empat tahun.
“Norshazrina bekerja sebagai pengurus swasta dengan gaji RM4,000 sebulan dan menanggung ibu berusia 56 tahun yang mempunyai penyakit jantung.
“Manakala Norhidayah tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Siti Aminah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari depan untuk serahan dokumen.
Baca juga: Isteri pening kepala tengok hasil kerja suami, sidai kain merata sebab ampaian penuh