Guna Air Fryer pun boleh! Wanita kongsi resipi roti kacang merah, bun manis

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang kalau ada perkakas yang betul, semua masakan boleh dibuat di rumah, yang penting kena rajin sahaja.

Tambahan pula resipi yang dikongsikan boleh dibuat untuk menjana pendapatan sampingan terutamanya buat suri rumah yang suka memasak.

Resipi ini dikongsi Eniza M. Salim menerusi halaman Facebook ‘Resepi Air Fryer [Malaysia]’.

“Buat sikit untuk minum petang. Roti kacang merah dan bun manis Uli tangan dan bakar dalam air fryer sahaja,” ujarnya.

Resipi roti kacang merah dan bun manis

Bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 3 sdk yis mauripan
  • 1 sdk gula

Tiga bahan di atas kacau sebati biarkan hingga berbuih.

Bahan B

  • 2 1/2 cwn tepung roti
  • 1 sdb susu pekat manis/tepung
  • 1 sdb planta
  • 1 biji telur (optional)
  • 1 sdk pelembut roti
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan B
  2. Masukkan pula bahan A sedikit demi sedikit
  3. Uli doh hingga lembut cantik dan tidak melekat di tangan.
  4. Rehatkan doh selama 1 jam (tutup doh tadi) dengan tuala kecil.
  5. Bila doh dah mengembang, tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
  6. Timbang doh dan bulatkan.
  7. Bentukkan roti apa yang kita nak.
  8. Biarkan doh betul-betul naik.
  9. Spray air pada roti sebelum bakar.
  10. Saya bakar dalam air fryer selama 15min pada suhu 140 darjah.

Selamat mencuba!

Baca juga: Lauk kenduri kegemaran ramai! Ini resipi daging masak hitam yang anda boleh cuba