Bukan semua pasangan duduk sekali disebabkan faktor pekerjaan di dua negeri berbeza maka ramai yang melakukan hubungan jarak jauh.
Namun seharus keduanya lebih memahami dan membantu satu sama lain tambahan duduk berasingan bukan alasan untuk suami tidak menghulurkan nafkah.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap suami yang tidak pernah membantu dalam menguruskan hal anak disebabkan tinggal berasing dek kerana pekerjaan.

“Saya seorang isteri dan ibu kepada sorang anak lelaki yang baru berusia tiga tahun. Saya dan suami sudah empat tahun berkahwin. Sepanjang berkahwinan kami mmg PJJ.
Anak duduk dengan saya dan saya uruskan segalanya berkaitan anak manakala suami duduk di rumah mentua di kampung.
Apa yang saya nak luahkan di sini adalah tentang sikap suami. Sepanjang kami berkahwin, segala urusan rumah tangga, wang ringgit saya yang uruskan.
Dalam erti kata lain 80 peratus semua duit saya gunakan untuk keperluan keluarga dan keperluan anak.
Sejak kahwin, suami saya sudah cukup senang sebab kelengkapan rumah semua memang saya siap serba lengkap sejak daripada hidup bujang memang dah beli barang semua.
Awal perkahwinan hingga sekarang suami memang tak pernah belikan apa-apa barang di rumah.
Barang-barang dapur pun sangatlah jarang beli, itu pun saya perlu meminta berulang kali, barulah dibeli barang dapur, selebihnya saya kena bayar sendiri.
Kereta, segala bil semua saya yang bayar. Pernah juga minta dia bayarkan bil tapi dia anggap hanya saya tinggal di sini maka dia tak perlu bayar.
Sudahlah dia duduk percuma di rumah mentua, langsung tak nak bantu isteri, bukan saya duduk seorang tapi dengan anak dia juga.
Semua keperluan anak, saya yang sediakan. Nak tunggu dia memang tak dapat apa-apa si anak tu, alasan dia bagi sebab saya bekerja.
Anak nak pergi taska pun saya kena cakap berkali-kali baru dia nak bayarkan itu pun merungut duit habis dan nak pinjam duit saya.
Saya ni dah habis sabar, penat bekerja uruskan anak lagi, bila diluah kepadanya dia marah pula saya.
Alasan dia bagi sebab tak ada duit, tapi rokok tu tak pernah pula berhenti beli dan baru-baru ini kantoi minum ketum.
Saya ni bertahan sebab anak tapi banyak kali saya minta dilepaskan tapi dia tak mahu, bila saya minta dia cari kerja di tempat saya dia bagai alasan selesa duduk di kampung.”
Rata-rata warganet menasihatkan wanita itu untuk berpisah dengan suami jika hidupnya sekarang juga sudah terbiasa tanpa lelaki.
Baca juga: “Aku tak sangka dosa masa lampau kembali menghantui, suami kantoi berzina dengan anak dara…”