Terkedu tengok baki duit dalam bank warga asing cecah RM300k, rasa macam merempat pula di negara sendiri

Oleh KIM SYAZIE

Kisah warga asing mampu menyimpan sehingga beratus ribu ringgit di dalam akaun bank mereka sudah banyak dikongsikan pengguna media sosial.

Ada yang antara para pekerja ini dikatakan mengikat perut dengan hanya makan nasi berlaukkan bawang dan ada juga yang berjimat cermat dengan membawa bekal dari rumah.

Sama juga seperti seorang lelaki ini yang terkedu mengetahui simpanan salah seorang pekerja warga asing mencecah lebih RM300,000.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, individu menggunakan akaun @justalhafiz berkata, dia melihat jumlah simpanan itu selepas seorang warga asing meminta bantuannya untuk mengeluarkan sejumlah wang dari mesin ATM.

“Ada orang Bangladesh minta aku keluarkan duit dia dari mesin ATM dekat 7-eleven. Aku tanya berapa nak keluarkan. Dia kata RM6,000.

“Tengok baki dia dulu. Lebih dari RM300,000 kalau aku tak silap tengoklah. Terasa merempat di negara sendiri pula,” katanya.

Bagi mengelakkan salah faham, pemuda itu menegaskan bahawa semakan baki akaun simpanan itu dibuat atas permintaan lelaki Bangladesh itu sendiri.

“Baki tu dia yang suruh tengok. Bukan aku memandai,” jelasnya tanpa mendedahkan pekerjaan sebenar warga Bangladesh ituserta tempoh perkhidmatannya di Malaysia.

Pendedahan itu turut mengejutkan segelintir netizen yang berpandangan pekerja asing seperti itu kebiasaannya mengamalkan gaya hidup sederhana dan rajin menyimpan.

“Pekerja asing kebiasaannya rumah pun majikan sediakan, tak perlu bayar. Gaji mereka bersih tak guna pun. Yang aku nampakmereka beli macam tong-tong (kongsi) duit beli beras, tepung dan minyak. Masak sendiri kat rumah,” komen salah seorang pengguna X

“Mereka tak ada rasa nak healing staycation. Tak ada nak beli itu ini, nak kereta mahal ke apa. Pakai pun hari-hari baju kerja, makan nasi timun pun dah okay. Itu pun mereka tanam timun sendiri. Kalau kita semua ada mentaliti macam mereka, kita pun boleh kaya,” komen yang lain.

“Mereka pandai berjimat dan menabung. Makan yang murah-murah atau masak sendiri. Guna pengangkutan awam. Bila hariJumaat, sanggup berjalan kaki beramai-ramai ke masjid. Orang kita baru masuk kerja dah nak pakai Honda City, Gred 44 beliVellfire atau Alphard, minum kopi Starbucks,’ demikian antara komen netizen

Baca juga: “Nafkah aku cecah empat angka, hidup suami berubah lepas dengar ceramah ustaz”