Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memaklumkan bahawa kerajaan melakukan pelbagai salah guna kuasa ke atas musuh politik mereka.
Ini berikutan beliau diarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytihar semua hartanya.
Disebakan itu, Ahli Parliman Sungai Petani, Taufiq Johari membidas kenyataan Daim kerana melihat zaman di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah lebih dahsyat.
Memetik Malaysia Kini, Taufiq melihat akta yang dinyatakan seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Akta Perhimpunan Aman lebih banyak disalah guna oleh Dr. Mahathir ke atas pihak yang menentang kerajaan ketika pentadbirannya.
Tambahnya, pelbagai agensi kerajaan termasuk pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerah Dr. Mahthir yang turut melakar sejarah selepas menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.
Agensi tersebut dikatakan menekan musuh politiknya dan menghalang kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan.
“Jika diimbau kembali, waktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri kali pertama, akta-akta itu dipergunakan dengan lebih dahsyat.
“Ketika itu, FRU dan polis digunakan untuk mengenakan kekerasan bagi menghalang hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia,” kata Taufiq seperti dipetik Malaysia Kini.
Sebelum in media melaporkan Tun Daim menggesa orang ramai bangkit melawan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dirinya diseret ke mahkamah.
Taufiq turut menekankan bahawa SPRM adalah sebuah badan bebas dan tidak dikawal oleh mana-mana parti politik atau mana-mana pemimpin termasuk oleh perdana menteri.
Baginya, semua siasatan berprofil tinggi terhadap individu adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dilakukan kerajaan terdahulu.
Disebabkan itu, jika Tun Daim merasakan dirinya tidak bersalah maka beliau boleh mencabar segala tuduhan dan buktikan di mahkamah.
“Daim dan sekutunya sering menyatakan mengenai rule of law dan tidak ada sesiapa pun boleh menjadi lebih tinggi daripada undang-undang (above the law).
“Jika ada bukti kesalahan, maka siasatan akan dibuat pihak berkuasa seperti SPRM, tapi kalau dia rasa tidak bersalah, boleh cabar keputusan itu di mahkamah.
“Itu adalah cara yang terbaik. Sekiranya ada salah laku, maka, proses perbicaraan dan pendakwaan itu akan berlaku.
“Jadi, saya nasihatkan kepada Tun Daim supaya menghormati proses undang-undang dan fokuslah kepada untuk membuktikan anda tidak bersalah,” tambahnya.
Pada masa sama, Taufiq menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Anwar tidak menghalang kebebasan bersuara.
Ini termasuk perhimpunan aman yang dilakukan oleh pihak pembangkang selagi perkara tersebut tidak melanggar undang-undang.
Baca juga: Terkejut tengok senarai 71 harta didakwa tak diisytihar Tun Daim, 7 keturunan tak habis makan!