“Suami aku selalu bawa balik rendang, bila aku nak makan tengok dah basi tapi dia elok je telan, rupanya…”

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah ada pasangan masing-masing pun masih lagi nak curang, seolah-olah yang halal itu tidak cukup sehingga benda haram dikejar.

Siapa sangka kepercayaan diberikan kepada pasangan akhirnya dikhianati apabila mereka curang dengan rakan sekerja.

Seorang wanita menyimpan segala bukti kecurangan suami dengan wanita lain, lebih menyedihkan si penyondol berstatus isteri orang.

“Saya mulakan dengan urusan kerja suami dengan seorang lelaki di satu tempat tetapi lelaki ini sibuk.

Jadi dia meminta isterinya yang bekerja di department yang berlainan tapi satu syarikat membantu suami ku yang aku namakan P (PENYONDOL). 

Apabila mereka berhubung atas dasar perlukan bantuan kerja pada bulan 12, 2022, suamiku dan P ini hanya kela sebagai kawan.

Masuk bulan Mei 2023 dah mula mesej selamat pagi, siap ajak pergi sarapan bersama dan suami aku mestilah terima.

Mulalah episod suami aku yang semakin gatal dengan layanan P yang tak habis menggedik dan memanggil suami aku sayang.

Pada Hari Raya Aidiladha, P dengan berani menjemput suamiku datang ke tempat kerjanya untuk menjamu suamiku makan.

Aku yang sentiasa percayakan suami dengan ayat suami dan tak pernah curiga sikit pun sebab suamiku memang tak pernah buat sesuatu yang mencurigakan selama ini.

Di jamuan tempat kerja P masa hari sambutan Aidiladha tersebut, P dengan berani mengambil gambar suamiku dari dekat, mereka berdua duduk semeja.

Untuk apa ya ambil gambar suami orang. Bukannya ambil gambar secara beramai-ramai, masa orang ramai tengah cuti maka mereka senang hati berdating.

Penyondol bagi makanan tapi bila nak makan, ia basi

Bermulanya episod P mula memberi bekalan makanan untuk kami sekeluarga.

Aku tak pernah bersangka buruk sebab aku yakin yang aku takkan disihirkan di negeri kelahiran suami aku sendiri. Tetapi ternyata aku silap sebab P jenis tetap mahu dapatkan apa yang dia nak. 

Kami sekeluarga akan gatal-gatal satu badan apabila makan makanan yang diberi P tetapi suamiku akan kemaruk angau. Sengih bodoh macam kerang busuk. 

Masuk bulan Julai 2023, bermula episod kehangatan cinta mereka memberi hadiah antara satu sama lain tidak berhenti-henti.

Bergambar berdating dalam kereta bertempat di parking tempat kerja P. Tak cukup gambar tangan, semakin berani ambil gambar suami ku dari arah belakang siap bervideo lagu untuk dimasukkan dalam TikTok.

Bulan Ogos tiba dan mereka sudah mula perlahan9lahan semakin berani makan bedua di tempat umum dan sudah hilang rasa malu suami walaupun waktu berjumpa suami si penyondol.

Masuk bulan Septem dan Oktober, suamiku dah mula tinggikan suara, makanan dari P tetap diterima terutama rendangnya yang tidak kira hari raya pun dibuatnya.

Apabila aku nak makan asyik basi pada masa itu tetapi tetap sedap buat suamiku sehingga aku terpaksa sorok buangkan sebab basi bukannya sebab dah kantoi.

Allahuakbar aku sangkakan lelaki yang bagi tetapi P yang masakkan. Dia punyalah asyik bagi makanan macam aku ni tak masak pula dah. 

Masuk bulan November, di mana whatsapp gatal mereka berdua kantoi apabila suami ku sakit.

Punca sakit? Sebab nak kahwin tapi sayangnya suamiku tergila-gilakan isteri orang. Luluh hatiku membacanya dan aku memulakan siasatan. 

Akhirnya kantoi

Hari pertama kantoi, suamiku hanya cakap mereka hanya kawan dan aku ni terlebih fikir akan hubungan mereka.

Bila aku hubungi P, dia jawab berjumpa atas urusan penting sahaja, tape kenapa perlu ambil gambar dan muat naik di TikTok.

Hari kedua kantoi, mata aku dah bengkak, Allah makbulkan doaku dengan cepat dimana dapat bukti mereka berwhatsapp dan mesengger siap panggil baby, sayang.

Suamiku menyatakan yang dia hanya suka-suka dan memarahi aku kerana bercakap kasar dengan P sedangkan aku hanya memberi nasihat dalam nada suara yang tinggi..

Lah, kacau rumahtangga orang kot. Takkanlah aku nak bercakap macam pengacara nona.. Play victim P ni juga boleh tahan sampai suami P menyatakan yang aku salah faham.

Diaorang berdua ni dah diberi makan lauk rendang berzaman weii.. Apa P cakap memang percayalah. 

Hari ketiga kantoi, suamiku tak sangka yang mata aku masih bengkak, tak bercakap macam selalu dan aku termenung jauh.. Sangat jauh.

Hari keempat kantoi, dengan izin Allah terkeluar pengakuan dari suamiku tentang semua pemberian hadiah-hadiah antara mereka, siap bertulis surat lagi.

Suami P menelefon aku dan menyatakan yang suami ku dan P hanya kawan. Hahahah.. Aku memberitahu suami P untuk berjumpa sebab aku ada semua bukti.

Terus terdiam suami P dan meminta masa untuk hubungi aku kembali. Selepas seminggu, suami P mendapati yang kami berdua ditipu bulat-bulat.

Suami P berjaya menyamar menjadi suamiku dan kantoikan P. Sehinggakan suami P yang mendapat bukti-bukti dari P sendiri. Bodoh juga si P ni. Pandai buat tak pandai simpan. 

Sudah berada di penghujung bulan 12, kekantoian mereka hampir sebulan berlalu walaupun aku dapati suamiku tidak menghubungi P.

P pernah menyatakan dia tak boleh melupakan suamiku, akan simpan semua kenangan dan akan tunggu suamiku setahun dua lagi untuk mereka berhubung kembali walaupun masih bersuami dan janjinya tetap akan menjaga keluarga.

Perghhh memang perempuan jalanglah P nihhh…

Aku tak mahu membuat aduan pada company mereka sebab sudah pasti P akan dipindahkan tempat dan akan menyusahkan ibu, suami serta anak-anaknya. 

Aku masih boleh fikir tentang kesusahan yang bakal ditanggung oleh orang sekeliling P. 

Untuk aku Allah nak aku merintih kembali dalam tahajjud yang dh lama aku tinggalkan. Isteri ni buat macam mana baik sekalipun apabila curang tu pilihan suami, isteri tetap akan nampak buruk. 

Penyondol tetap penyondol ya. Memang dah ada dalam darah daging mereka walaupun mereka ni bercakap lemah lembut, menghormati orang tua, tunjuk belas kasih sebab hormat sampai boleh buat menantu walaupun hati busuk.”

Baca juga: “Aku dihalau mentua lepas jadi biawak hidup, isteri rela ikut tanpa tahu perkara sebenar”