“Saya kalau nak poligami saya akan terus terang dengan isteri” – Faizal Ismail nafi dakwaan kahwin dua

Oleh MAISARAH AISYA

Kebanyakan lelaki memilih untuk berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama, malah berkahwin di luar negara untuk elak daripada kantoi.

Namun ada juga lelaki yang berani memaklumkan sendiri kepada isteri sebelum berkahwin dua.

Buat pengacara dan penyampai radio yang pernah terkenal satu ketika dahulu, Faizal Ismail atau dikenal sebagai FBI menafikan dakwaan dia berpoligami secara diam-diam.

Menurut Berita Harian, Faizal memaklumkan isterinya akan tahu jika dirinya mahu berkahwin dua namun dia tidak bercadang untuk melakukannya.

“Isteri saya okay. Kalau soal poligami, dia okay sahaja. Maksudnya, dia tidak menolak sepenuhnya.

“Saya pun kalau betul-betul berpoligami atau ada isteri lain, saya akan terus-terang dengan isteri,” katanya seperti dipetik Berita Harian..

Tambahnya poligami bukanlah soal mampu dan batin sahaja, dia bimbang jika tidak mampu menjaga hati isteri.

“Saya melihat balik kepada diri saya, mampukah saya? Memang, lelaki ini keinginannya tinggi.

“Tapi, bila fikir balik kemampuan, bukan sahaja dari segi batin, kena periksa diri adakah mampu adil dari sudut hati?

“Itu satu perkara besar sebenarnya. Walaupun bagi nafkah wang ringgit setiap bulan, tapi hati isteri macam mana nak jaga.

“Itu bukan senang dan satu benda yang sangat besar,” jelas Faizal.

Bagi Faizal, dia tidak tahu bagaimana kehidupannya pada masa akan datang namun sebolehnya jika ingin berpoligami maka dia akan berterus terang dengan isterinya.

Baca juga: