Berhabis RM9,000 untuk acara sehari, Shahid akui sudah siap jahit baju raya sebulan

Oleh WAN SITI AMINAH

Personaliti media sosial, Prince Syed Shahid sanggup mengeluarkan wang mencecah RM9,000 untuk menyiapkan busana bagi menghadiri satu majlis pelancaran produk.

Mereka dan menjahit sendiri baju berona keemasan untuk dirinya dan isteri, Shahid mengakui hanya mahu memeriahkan majlis dianjurkan pelakon, Rozita Che Wan itu.

Jelas Shahid, dua pasang busana yang dilengkapi dengan aksesori sayap dan lampu ‘lip-lap’ itu hanya mengambil masa dua hari untuk disiapkan, lapor Media Hiburan.

“Kami memang mahu mengikut tema apabila Che Ta (Rozita) jemput untuk datang ke majlisnya. Temanya pula ‘gold glowing’ dan kami hanya ingin memeriahkan suasana.

“Seperti sedia maklum, saya akan menjahit sendiri pakaian saya dan isteri untuk apa sahaja jenis majlis. Jadi kali ini, saya telah menambahbaik baju yang sudah dipakai.

“(Penambah baik dilakukan) dengan penambahan perincian dari segi eksesori bahagian kepak,” kata Shahid yang juga pereka fesyen itu memetik laporan Media Hiburan.

Shahid yang teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri itu turut mendedahkan bahawa busana bagi menyambut perayaan tersebut sudah siap walau belum masuk bulan puasa.

Bapa dua anak itu juga sempat meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan rezeki pada tahun ini bagi menyiapkan 30 pasang baju untuk perayaan akan datang.

“Ada 30 pasang dan tidak berulang. Alhamdulillah Allah bagi rezeki kepada kami setiap tahun. Kami pun sudah bekerja keras hampir setiap hari untuk menempuh sambutan hari raya ini.

@syed.fatin.jaeden.haifa

Ingat senang nak pakai headgear atau bersiap lawa2 , pakai kereta besaq pon tetap susah , bersiap kat parking jer tadi tapi demi event Che ta kami redah gak , letopzzzz @ROZITA CHE WAN tahniah hampa utk keluaran produk baru hampa , pasni wife pakai produk hampa , mesti cantik macam hampa , sumpah hampa lawa sgt2 harini che ta , tqqq jemput kami dan tqqqq kepada semua wartawan yg x pernah jemu temuramah kami selalu , kami hargai anda semua dan tqqq kepada staff kesayangan aku sorang ni iaitu @Muhammad Nur Ashraf , dialah p.a dialah staff dialah videographer kami yg selalu ada dgn kami ❤️🥰😘 #cekangjelita #cekangsampairaya

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

“Kita sambut raya pun sebulan sahaja setahun. Itulah antara hari-hari yang kami boleh melaram. Nantikanlah baju kami pada hari raya pertama nanti. Memang lain macam sikit,” selorohnya.

Sering menarik perhatian ramai dengan penampilan unik, usahawan itu memberitahu dirinya sudah lali dengan kecaman netizen yang gemar melabelkan rekaannya pelik.

“Boleh dikatakan, setiap hari kami menerima komen yang mengatakan baju kami ini over (keterlaluan). Dalam setiap hantaran itu, memang itu sahaja komennya.

“Sebenarnya kami selesa begini. Pada masa sama, saya dan isteri masih mengikut kesesuaian tempat dan majlis yang kami hadiri. Takkanlah nak pergi pasar borong pun pakai macam ini.

“Cuma ekpektasi orang sahaja yang ingat kami berpakaian sebegini seharian. Kami hanya akan melaram bila menghadiri majlis sahaja. Itu sahaja waktu yang ada pun.” Ulasnya.

Baca juga: Dah kenapa dengan Sharifah Sakinah ini? Selamba menari sambil dukung anak anjing