Sudah bersusah payah penyanyi memberikan segalanya untuk persembahan, masih ada orang tengah mengambil kesempatan dengan tidak membayar mereka.
Banyak artis yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan semasa melakukan persembahan, jadi ia memberi kesan jika bayaran tidak diterima.
Penyanyi Ameng Spring meluahkan rasa kecewa apabil mendakwa dia ditipu orang tengah untuk satu acara berprestij membabitkan bayaran berjumlah RM30k.
Menurut Kosmo, individu tersebut telah memberi Ameng cek tendang usai persembahan dilakukannya.
Walaupun insiden berkenaan berlaku sekitar dua tahun lalu, sehingga sekarang individu tersebut belum melunaskan janji.
“Waktu itu saya nyanyi dalam satu majlis makan malam di sebuah tempat berprestij dan diberikan cek bernilai RM30,000 tetapi apabila pergi bank rupa-rupanya cek tendang.
“Orang tengah yang menguruskan hal berkaitan persembahan beri macam-macam alasan dan selepas dua tahun isu tersebut masih belum selesai.
“Kebiasaannya saya memang minta deposit, tapi disebabkan percaya selepas melihatkan acara serta lokasi, saya buat dulu persembahan,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Pernah terima duit palsu
Lebih menyedihkan ada pihak yang sanggup bayar menggunakan duit palsu kepada penyanyi tersebut.
“Bukan itu sahaja, saya juga terima duit palsu dan tak dapat satu sen pun bayaran selepas buat persembahan, sedih sebenarnya diperdaya begini,” tambahnya.
Tak serik, Ameng minta wang pendahuluan sebelum persembahan
Belajar daripada kesilapan, Ameng kini mengambil duit pendahuluan sebelum melakukan persembahan.
“Selepas insiden itu memang saya akan pastikan dapat duit pendahuluan sebelum beraksi, Tali saya tak salahkan tuan rumah sebab pihak terbabit tidak tahu masalah ditimbulkan ejen.
“Penyanyi yang buat persembahan pun tiada perjanjian bertulis dan sebagainya, jadi kalau nak buat tuntutan di mahkamah agak sukar sebab semua benda kita perlu buat sendiri.
“Nak kata serik tidaklah. Sebelum ini saya akan pastikan saya dapat wang deposit dulu kalau dia tak bayar baki masih ada duit pendahuluan itu,” ujarnya.
Baca juga: Lan Pet Pet cerita detik terendah dalam hidup, terduduk mengenang rumah dilelong sewaktu PKP