Tular sebelum ini mengenai isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan media antarabangsa.
Menurut Channel NewsAsia (CNA), media tersebut mendakwa Najib diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.
Media Singapura itu turut melaporkan, keputusan lembaga pengampunan itu yang diketuai Yang di-Pertuan Agong juga termasuk pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan.
Ini adalah menurut tiga sumber berasingan yang bercakap dengan syarat kerahsiaan ketat termasuk pegawai kanan kerajaan.
Tunggu kenyataan rasmi
Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa meminta orang ramai untuk menunggu kenyataan rasmi lapor Harian Metro.
“Itu nanti kita tunggu kenyataan (Lembaga Pengampunan)… insya-Allah minggu ini kita harapkan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Pada masa sama Fahmi mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenainya.
Utusan Malaysia sebelum ini turut memuat naik artikel mengenai pengampunan Najib namun menarik balik artikel kerana fakta yang tidak disahkan serta membuat permohonan maaf kepada pembacanya.
Baca juga: Nombor plat GOLD dibuka untuk dibida! JPJ sasar kutip lebih RM35 juta kalahkan rekod nombor plat FF