“Aku pernah ‘disentuh’ abang hingga trauma nak bersuami, abang aku? Semua kahwin dengan ustazah…”

Oleh MAISARAH AISYA

Kebanyakan yang menjadi mangsa serangan seksual mengaku pelakunya adalah mereka yang dekat dengan dirinya.

Bukan orang luar tapi dalam kalangan keluarga itu sendiri adalah pelakunya, lebih menyakitkan mereka berlakon seolah-olah tidak buat kesalahan.

Seorang wanita berkongsi kisah silam apabila pernah disentuh abangnya sendiri seawal usia sembilan tahun.

Kisah ini dikongsikan menerusi IIUMC.

Ini adalah cerita trauma yang bawa aku kepada siapa aku pada hari ini. Aku harap adalah pengajaran kepada semua.

Aku perempuan. Sekarang di akhir 30-an. Aku bukanlah perempuan liar sangat tapi aku selalu dianggap mudah untuk dibuat apa-apa (sentuh, pegang, etc) oleh lelaki dan perempuan.

Cantik tak? Biasa je kot, daripada 10 aku bagi 6 la untuk diri aku. 10 tu macam artis yang cantik cantik. 8 tu nabila razali, haa aku 6.

So, aku ni nampak gembira dan bising dan kelakar, juga berjaya. Tapi, deep inside… aku ada rasa tak bersih dan kotor.

Aku dibesarkan oleh parent yang maha sempurna. Cukup duit, ada kerja, ada rumah, ada kereta untuk jalan jalan semua tu masa kecil sampai besar.

Agama juga baik. Cuma senang orang dulu lah, kfc tu bila birthday ke, bila ada special day, bukan yang terlalu kaya.

Rumah aku dulu rumah tanah kampung, yang ayah aku buat sikit sikit sampai akhirnya jadi rumah dua tingkat cantik. Bawah ada dua bilik, atas ada tiga bilik.

Aku sorang anak perempuan dan lima orang lelaki. Dua abang, tiga adik. Jarak semua pun setahun dua macam tu. Kami semua rapat masa kecil.

Aku ingat lah kalau sorang abang aku pergi tuisyen, rasa bosan sangat. Nak juga ada semua main ramai-ramai.

Main kanak-kanak dulu adalah pelbagai termasuk main kahwin-kahwin.

Ada satu hari tu, Sabtu kot sebab mak aku tak ada pergi kenduri dengan ayah aku kat kampung sebelah.

Aku tak boleh keluar sebab mak aku tak bagi. So aku pun ajak la dia main kahwin-kahwin. Tah la permainan tu macam mana.

Disentuh abang saat bermain

Tapi akhirnya tanpa sedar, tangan abang aku gosok bahagian dalam seluar aku. Juga tanpa sedar dan bodoh, bagi aku benda tu seronok. Aku baru darjah tiga masa tu. Abang aku darjah enam.

Sebabkan sedap, hari ke hari aku macam suka dibuat macam tu. Sampai aku ada payudara dan aku suka sangat bila benda benda bodoh tu terjadi.

Tak berhenti pada satu abang saja, abang lagi satu dan termasuk juga pada adik adik aku. Bayangkan betapa bodoh walauapun aku kecil lagi.

Mak aku mana? Dia ada tapi anak anak dia orang baik dan pandai. Tak pernah lah lagi kantoi cuma ada satu masa tu je adik aku naik atas aku dalam bilik aku.

Aku buat buat tidur, tiba tiba mak aku buka pintu. Dia cakap kat adik aku “hang buat apa?” Adik aku cakap, “nak kejut kak bangun” Dan itu sajaa.

Benda ni terjadi sampai lah aku masuk matrik tak silap aku. Aku dah ada rasa malu dan tak suka lagi dibuat macam tu.

So contoh bila abang aku gurau nak pegang dada, aku akan lawan tunjuk tak suka. Oh bukan pada keluarga aku saja ya.

Sepupu lelaki juga ada yang meletak tangan pada mana mana bahagian badan aku. Ponn aku tak rasa hina masa tu, rasa sedap dan bodoh pada waktu tu.

Sampai lah aku makin dewasa, aku jadi ketagih. Tapi sehingga hari ini, seingat aku, aku masih dara walaupun dah tua. Aku cuma ketagih di sentuh.

Rasa kotor dan hina

Tapi hingga ke saat ini, aku tak boleh nak berkahwin. Rasa kotor, rasa hina, rasa macam aku takkan berhenti sikap yang satu ni.

Adik beradik aku macam mana sekarang? Yang last baru je kahwin. Semua pun macam tak ingat benda macam tu dulu, dan semuanya kahwin dengan ustazah-ustazah.

So aku? Takpelah aku tak salahkan dorang pun. Tak ada yang salah. Cuma kalau aku jadi mak (mustahil gila) aku akan jaga anak-anak aku main elok-elok.

Nasi dah jadi bubur untuk aku. Untuk orang lain yang mampu mengubah apa apa, semoga selamat kedepannya.”

Buat ibu bapa kawal anak-anak anda dan asingkan tempat tidur mereka, bimbang jika hal ini berlaku tanpa sedar.

Baca juga: “Mentua belum terima aku lepas 17 tahun kahwin, semuanya berpunca dari kulit aku”