Menangis padam lebih 1,000 gambar tak bertudung, Norreen Iman pilih tutup aurat

Oleh MAISARAH AISYA

Di kala ramai memilih untuk membuka tudung, masih ada selebriti yang perlahan-lahan menutup aurat mereka.

Bukan senang untuk kekal istiqamah namun yang penting adalah kesungguhan untuk tetap menutup aurat.

Kini pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman memutuskan untuk bertudung sepenuhnya.

Padam lebih 1,000 gambar

Menurut Kosmo, walaupun sukar untuk meninggalkan penampilan lama namun ia bukan keutamaan sebaliknya dijadikan memori untuk diri sendiri.

“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (hantaran) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.

“Gambar aku, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” katanya menerusi hantaran di Instgram Story.

Walaupun sedih kerana terpaksa memadam semua kenangan bersama keluarga namun dia percaya setiap kesedihan itu akan berlalu pergi.

“Aku dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan (job).

“Aku menangis semasa melakukan semua itu sebab rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” coretnya lagi.

Kurang berat bukan alasan nak tunjuk kulit

Tambahnya apabila dia menguruskan badan timbul persepsi yang dia perlu menunjuk badannya namun itu hanya difikirannya.

“Aku ada persepsi yang bila turun berat kena tunjuk lebih banyak kulit tapi aku salah, tak perlu pakai seksi sebab orang akan nampak kau turun berat.

“Aku belajar untuk bersyukur sebab tak perlu beli baju ‘plus size’, baju semua dah longgar dan menutup aurat,” ujarnya.

Baca juga: Aliff Syukri teruk kena kecam lepas kutuk calon temuduga hauk dan tak lawa, selamba ‘face shaming’ orang