“Aku tahu mentua tak suka aku, tapi keadaan lebih keruh bila isteri adik ipar mula sebar…”

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap manusia pastinya ada rasa tidak puas hati namun tidaklah sampai membenci tapi ada juga yang sengaja mencucuk sarang tebuan.

Seorang wanita tidak pernah mengambil tahu apa yang dikatakan mentua kepada dirinya, semuanye terbongkar selepas adik iparnya berkahwin.

Lebih mengeruhkan keadaan isteri kepada adik ipar itu sebenarnya talam dua muka dan suka menambah untuk menyedapkan ceritanya.

“Saya ada adalah menantu sulung (kak ipar). Sepanjang saya jadi menantu dan kak ipar dalam keluarga tu saya tak pernah tahu apa yang dorang cakap pasal saya.

Cuma saya ada dengar sipi sipi je dan saya jenis malas nak ambil port. So saya hanya berdiam diri tanpa mengadu dengan suami.

Senang cerita suami saya ni anak mak. Sebelum ni pernah sekali mengadu dengan suami apa yang mak dia buat kat saya, tapi sebaliknya saya yang disalahkan balik.

So start dari situ sampai la sekarang sepanjang usia perkahwinan empat tahun saya tak pernah mengadu apa yang keluarga dia buat kat saya.

So suami saya ingat saya dengan maknya baik-baik saja. Saya cepatkan cerita ya, baru-baru adik ipar (lelaki) kahwin.

Isteri adik ipar ni tahu semua yang mak dia kata belakang dekat saya, maksudnya dah bermacam dorang gosip pasal saya dan suami,

So si isteri adik ipar ni tengah geram dekat suaminya dia pun cerita habis la apa yang suami dia duk kata kat saya apa yang mak dan kakaknya duk kata kat saya.

Macam-macam, memang mula tu saya marah dan saya cuma mendengar tanpa membalas apa-apa. Saya pendam saya tak bagitahu suami apa yang adik ipar sampaikan.

So saya teruskan hidup seperti biasa, saya tak ambil port dan tak nak ingat apa yang disampaikan. Saya cuba lupa apa yang saya dengar.

Lepastu hari demi hari saya makin rapat dengan isteri adik ipar, segala apa yang suami dan mentua saya cakap pasal saya semua dia cerita.

Pada masa sama dia bercerita pasal tak puas hati dengan suami dan mentua, bermacam macam la dia kutuk sini sana.

Saya pun dengarlah luahan dia, dalam masa yang sama dia selit-selitkan supaya saya cerita apa yang saya tak puas hati. Tapi saya masih diam.

Dah selalu sangat jumpa, setiap kali jumpa ada ja dia nak cerita apa yang mentua dan suaminya cakap pasal saya.

Yalah saya pun manusia biasa tak lari dari perasaan benci dan marah. Saya pun jadi marah dan masih pergi jumpa mentua walau dalam keadaan saya tengah sakit hati.

Saya simpan lagi. Lepastu saya ada la cerita sikit dekat dia yang mentua saya buat sebelum ni kat saya. Sikit je dalam tiga cerita ja saya betul-betul tak puas hati.

Tapi lepastu saya dengar dari suami saya yang mengatakan saya ni duk mengutuk mentua diam-diam dan mentua saya terasa.

Tapi suami saya tak marah cuma dia tanya ada cerita apa-apa ke dekat isteri adik tu. Saya mengaku saya ada cerita.

Dan apa yang sakit hati suami saya cakap isteri adik ipar tu dah tokok tambah apa yang saya cerita kat dia. Dan mentua pun nampak saya jahat sangat sekarang ni.

Isteri adik ipar pun sekarang tengah nampak baik sebab dia orang baru, saya tak tahulah apa niat dia buat saya macam ni.

Apa yang dia kutuk mentua saya tak mengadu pun kat suami. Tapi apa yang saya cakap pasal mentua dia mengadu dekat suaminya cakap saya ni tak suka kat dorang.

Sekarang ni suami cakap kalau tak ada apa-apa nak sembang lebih baik diam. Sebab isteri adiknya jenis yang putar belit cerita.

Sekarang saya dan mentua dan adik-adik ipar memang tengah dingin tak bercakap sangat.

Tindakkan saya sekarang ni hanya berdiam dan takkan masuk campur lagi dalam hal dorang.

Saya pilih untuk berdiam sebab saya tahu kalau saya cakap sekarang saya nampak jahat. Tapi sekarang hati jiwa mental saya betul terganggu. Hanya Allah ja tempat saya mengadu.

Setakat sini saja, sambil taip saya menangis taktahu nak gambar perasaan sekarang macam mana.”

Baca juga: “Malam terakhir bersama suami buat aku menyesal seumur hidup, tak sangka dia..”