Tak perlu susah-susah jahit kaki langsir yang meleret, DIY je guna cara ini, hasil pun kemas!

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna Facebook tampil berkongsi panduan berguna bagaimana mahu memendekkan kaki langsir yang meleret, tanpa perlu potong dan jahit.

Panduan ini dikongsikan oleh Ahmad Syahril Mohd berdasarkan pengalamannya sendiri merapikan langsir yang meleret.

Perkongsian ini ternyata amat mudah dengan hanya memerlukan gam kasut yang boleh didapati di medai serbaneka Eco serta seterika.

Bahan-bahan:

1 Gam kasut kedai Eco 

2. Seterika

Langkah-langkah

1 Buat ukuran semula dan lipat langsir supaya kepanjangannya tidak mencecah lantai

2 Letakkan gam kasut pada bahagian bawah langsir yang hendak dilipat

3 Tekapkan seterika yang sudah dipanaskan pada kain langsir supaya gam mencair dan melekap dengan kemas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Mungkin ramai belum tahu, Najib Razak masih ada 3 lagi kes jenayah di mahkamah