Tak puas hati tukang masak letak taugeh dalam mi, pelanggan bangga sepahkan sisa atas meja

Oleh KIM SYAZIE

Gara-gara tidak berpuas hati dengan tukang masak sebuah kedai yang meletakkan taugeh dalam hidangan mi goreng dipesannya, seorang pelanggan selamba melonggokkan sisa taugeh tersebut di atas meja.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Persatuan Tak Makan Taugeh 1 Malaysia, individu tersebut berkata kebiasaannya dia akan meminta tukang masak untuk memasak makanan yang baru jika terdapat taugeh dalam hidangannya.

Namun kerana kasihan dengan mendakwa perniagaan di kedai itu sendu, dia menunjukkan protes dengan cara membuang taugeh bersama sisa mi goreng di atas meja.

“Biasanya saya akan suruh masak semula. Tapi sebab kesian dengan restoran makanan tu, perniagaan sendu pelanggan tiada, ini tanda protes. 

“Kau bersihkanlah meja tu kak. Lain kali dengar betul-betul, tak nak taugeh bermaksud tak nak,” katanya dalam hantaran itu.

Dia juga menjelaskan bahawa sudah memberitahu kepada pelayan kedai untuk tidak meletakkan taugeh pada makanannya.

Namun mengatakan kemungkinan tukang mengambil pesanan itu lupa atau tidak dengar.

“Dah cakap elok-elok dengan tukang ambil pesanan. Tapi tukang masak pelupa ke tukang ambil pesanan tak dengar. 

“Gerai Melayu tak pakai copstick, sisih guna garfu memang melekat macam ni,” katanya merujuk kepada selonggok taugeh dengan sisa sisa mi goreng.

Perkongsiannya itu bagaimanapun dikecam ramai yang menganggap individu itu tidak beradab kerana telah menyusahkan pekerja kedai tersebut.

“Mati ke kalau makan taugeh tu sekali kalau macam ni punya perangai?,” komen Zarul.

“Jangan jadi bebal lagi menyusahkan. Letak tepi pinggan  tak susah pun,” komen Atie.

“Tak ada adab ke bang? Benda boleh asing tepi pinggan. Kurang ajar,” komen Emelly pula.

Bagaimanapun ada yang menyokong tindakan lelaki itu kerana bagi mereka, tukang masak sepatutnya ikut permintaan pelanggan dan bukan nanti menuding semula kepada mereka.

“Sokong. Kadang-kadang memang angin. Kita minta tak pedas dia balun bagi cili juga. Tak mahu sayur, eh dah lah sayur potong tebal-tebal. Masih rasa mentah. 

“Ikutlah permintaan pelanggan. Nanti duk salahkan orang lainlah. Peniaga lain lah. Sedangkan tak mahu ubah sikap,” komen Hazlinda pula.

Apa-apa pun elok kita berfikir sebelum bertindak agar tidak menyusahkan sesiapa pun.

Baca juga: Najib tetap tak boleh bertanding PRU16 jika dibebaskan lebih awal, ini penjelasannya