Sebaiknya lihat dahulu sejarah pasangan sebelum melangkah ke fasa perkahwinan kerana ramai bercerai dek kerana kisah silam.
Sama seperti wanita yang tidak pernah disentuh selepas melihat gambar suami bersama wanita lain dalam keadaan yang tidak enak dilihat.
Kisah ini dikongsikan menerusi IIUMC.
“Aku Anggrik (bukan nama sebenar) dan ini kisah aku. Aku telah berkahwin dan ikut suami ke negeri yang tak dapat mengembangkan karier aku.
Kebanyakan pekerjaan yang aku pergi temuduga, ditolak atas dasar inginkan anak negeri dan mandarin speaker only. Maaf bukan aku ingin sebarkan racism. Tapi ini kisah aku kan.
Suami berjawatan tinggi dan bergaji lumayan. Sebab tu aku akur ikut dia. Beza umur kami lapan tahun. Aku sangka dia matang, haha, mungkin dulu aku silap menilai ya.
Macam yang aku kata, ini luahan masalah rumah tangga. Ya, rumah tangga kami tak normal. Suami dan aku seakan hanya berkongsi rumah, bilik dan bantal sahaja.
Orang luar sangkakan kami pasangan terromantis sebab dulu aku rajin juga post detik bahagia kami. Masa berlalu begitu juga hati aku.
Mana yang tak normalnya? Aku masih dara. Puncanya apa?
Sebab aku tak dapat lupa gambar suami yang tak sepatutnya aku tengok awal kahwin dulu. Bukan sekali bukan dua, tapi berulang.
Pelbagai kecaman aku dah pernah kena dari perempuan-perempuan yang bersama suami. Tak pandai jaga suamilah, bini derhaka lah. Aku diamkan dan aku selesai cara diam.
Ya, ramai juga yang paksa aku untuk berpisah. Aku dah pergi dah pun mahkamah. Suami tak nak ceraikan aku atas dasar ‘sayang’. Bersepah ya sayang dia tu.
Mahkamah juga tak batalkan nikah aku atas sebab suami tak memukul, masih beri nafkah dan tak berlaku kejam. Pendamai mahkamah juga tidak membantu.
Waktu kami bercerita, sibuk main telefon, asyik tengok jam dan seakan malas melayan kami.
Fizikal aku sihat. Tapi mental dan emosi aku tak dijaga. Fasakh? Boleh. Tapi aku kena buka semua bukti yang ada ni depan mahkamah.
Benda ni yang aku paling berat nak tunjuk. Entah lah.. Aku berat nak buka aib ni. Tapi sebab kat sini tak ada siapa kenal aku kan. Sebab tu aku pilih bercerita di sini.
Perempuan simpanan maki tak pandai jaga suami
Perempuan-perempuan tu semua ada yang undur diri cara baik, ada yang maki aku balik tapi kali ni dia minta suami aku.
Bayangkan, aku call dia tanya banyak perkara yang suami tipu. Terbongkar semua dan dia cakap rela jadi isteri kedua dan suami pula cakap sanggup berlaku adil.
Tak ada siapa tanya aku sanggup atau tak. Memang aku terus cakap aku tak sanggup. Amboi sangat diorang.
Walaupun masyarakat selalu dibelakang isteri pertama, tapi tak semua isteri pertama tu bahagia.
Dia dipaksa untuk bahagia, sedangkan yang nombor dua ni rela diri datang sebab nak kejar bahagia dia.
Adil ke? Sedangkan ibu kandung dengan darah daging pun tak dapat nak adil dengan anak-anak. Entah lah.. Sakit sebenarnya hati aku ni.
Yang buat aku pilih tajuk, ‘aku ke orang ketiga?’, sebab itu yang aku rasa sekarang. Waktu call hari tu, dengar suami cuba pujuk dia dan cuba yakinkan dia yang suami tak akan ceraikan aku.
Eh aku ni tunggul agaknya. Aku betul-betul terdiam. Aku marah, aku sedih tapi aku tak terkata. Waktu tu mata aku tak berhenti mengalir tapi tak bersuara. Berat betul rasa dada.
Perempuan simpanan guna alasan keluarga susah
Sebab sakit hati, aku nekad reportkan sispaa direct jakim. Perempuan tu guru agama sekolah pedalaman. Dia mengadu dari keluarga susah, mak ayah sakit dekat suami.
Suami yang pemurah tak bertempat ni pun terkulai, transfer itu ini. Bukan salah dia saja, suami yang mencari dari dating apps.
Dan bukan juga salah diorang berdua saja, aku yang tak pandai jaga suami.
Aku ke punca ni? Tapi kalaupun aku bagi, yakin ke suami tak cari lain? Kalau pun suami cari lain, yakin ke perempuan tu layan suami sorang je? Semua side dah aku cuba fikir.
Cukuplah aku rasa berada di titik terendah aku. Segala macam makian, sebut salah aku semua aku dah dengar. Aku cuma minta doakan aku. Janganlah paksa aku untuk bercerai.
Aku ni kadang-kadang rasa bodoh sebab kesiankan orang yang hancurkan aku. Tapi aku nak buat macamana weh.. Ni diri aku.
Aku nak tinggalkan sikit pesanan. Perempuan kat luar sana, jangan lah terdesak cari suami sampai ganggu rumah tangga orang.
Pesan juga dekat para suami, kalau dah jumpa bahagia baru lepaskanlah cara baik.
Kenapa nak rasa terpaling mampu sedangkan orang yang hidup sebantal sendiri cakap korang tak mampu.
Dan pesan juga dekat yang senasib dengan aku, kalau dah jumpa kekuatan nanti keluarlah ya.
Doakan aku jumpa kekuatan aku juga. Aku lagak macam kuat nak hadap ni. Tapi waktu menulis ni pun aku boleh menangis seorang diri.”