Tular video Khairul Aming belanja ibu barang kemas, menggeletis anak dara nak jadi menantu

Oleh WAN SITI AMINAH

Personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming kembali menjadi topik perbincangan hangat selepas muncul dalam akaun TikTok milik satu perniagaan barangan kemas.

Menerusi rakaman tersebut, Khairul Aming tampak sedang menemani ibunya melihat sebelum memilih perhiasan yang dijual di premis terletak di Kota Bahru, Kelantan itu.

Rupa-rupanya, usahawan muda berkenaan sebenarnya mahu membelikan barangan kemas yang dipilih sendiri oleh ibundanya sebelum menyerahkannya sebagai hadiah.

“Hari ini kita bawa Ma (ibu) untuk meraikan dia. Kita kena bahagiakan Ma dahulu. Barulah boleh bahagiakan orang lain,” kata usahawan yang berusia 32 tahun itu.

@kedaiemassriindah_

Hey, whats upp gaiss … tk dapat dendeng berapi pon tkpo lah , dapat tgok founder dendeng berapi mari walk in di kedai pon jjaddii 😍 thankyouu @Khairulaming beli emas buat ibu tersayang 💞😍 #kedaiemassriindah #emas916 #kotabharu #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – 𝕬𝖉𝖍𝖔𝖓 – 𝕬𝖉𝖍𝖔𝖓

Tular di media sosial, video yang dikongsikan oleh kedai barangan kemas tersebut telah berjaya meraih sebanyak 1 juta tontonan daripada pengguna platform TikTok.

Seperti yang dijangka, ramai pengguna media sosial terutamanya peminat kepada ahli perniagaan tersebut membanjiri ruangan komen rakaman berdurasi 24 saat itu.

Tinjauan mendapati rata-rata pengguna secara berseloroh mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada ibu Khairul Aming yang tampil dalam rakaman tersebut.

Malah, ada juga golongan ibu yang berniat mahu menjodohkan anak mereka dengan usahawan tersebut dengan syarat menunggu remaja berkenaan dewasa dahulu.

“Assalamualaikum, besan. Anak dara saya baru Tingkatan Satu. Boleh tunggu ke?,” kata seorang pelayar TikTok yang ditujukan khusus kepada ibunda Khairul Aming.

“Salam Ma, maaflah lambat sedikit komen. Baru lepas siap masak nasi kerabu dengan solok lada tadi. Ma dah makan ke belum,” cuit pengguna lain memeriahkan suasana.

“Kalau ada kuali kawah daging dendeng yang tak basuh lagi, tinggalkan sahajalah dekat kita Ma deh. Kita kelik (balik) basuhkan.” Kata pengguna lain yang turut berseloroh.

Bukan itu sahaja, beberapa individu dipercayai lelaki turut meninggalkan komen dengan menyifatkan para gadis yang mencuba nasib itu sebagai ‘wanita gila harta’.

Sekadar info, Khairul Aming baru-baru ini mencipta rekod selepas berjaya menjual 80,000 pek produk terbaharunya iaitu Dendeng Nyet Berapi dalam tempoh kurang empat minit di TikTok Shop. 

Baca juga: Guru Malaysia kongsi kerenah pelajar sekolah rendah di AS, boleh pula tunjuk isyarat lucah siap cakar tangan