Marissa didakwa kahwin senyap-senyap di Songkhla, bapa tiri enggan jawab, suruh tanya sendiri pada Norman

Oleh KIM SYAZIE

Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai anak perempuan kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi yang didakwa berkahwin senyap-senyap di Songkhla, Thailand tahun lalu.

Sumber kepada sebuah akhbar arus perdana memberitahu, Marissa Dania Hakim dan lelaki dikenali sebagai Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.

Bagaimanapun bapa tiri kepada Marissa, Muhammad Faizal enggan membuka mulut tentang kesahihan sama ada gadis itu sudah berkahwin atau belum.

Memetik Kosmo!, suami Abby Abadi itu menjawab ringkas meminta agar pihak media bertanyakan sendiri kepada bapa kandung Marissa.

“Lebih baik tanya Norman sendiri,” demikian jawapan  Muhammad Faizal selepas desas-desus mengatakan gadis itu sudah berkahwin dengan suami orang yang dikenali sebagai Aslam 

Kata Muhammad Faizal, dia tidak berada di posisi untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

“Saya rasa saya bukan orang yang tepat untuk menjawab persoalan tersebut,” katanya lagi.

Terdahulu, usaha portal berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada ibu bapa kandung Marissa menemui jalan buntu apabila baik Norman Hakim mahupun Abby Abadi tidak menjawab panggilan telefon.

Sementara itu, mesej yang dihantar kepada mereka juga menerusi WhatsApp juga tidak berbalas sehingga sakarang.

Kisah pasangan Marissa dan Aslam pernah tular apabila gadis itu didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan.

Menurut sumber lagi, pasangan berkenaan kembali menjalin hubungan selepas kontroversi itu reda dan Aslam mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Pada September tahun lalu, kecoh dalam media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

Baca juga: Tular video Khairul Aming belanja ibu barang kemas, menggeletis anak dara nak jadi menantu