Gadis miliki ijazah pereka grafik kecewa syarikat di KL tawar gaji cuma RM1,600, “baik aku balik kampung macam ni”

Oleh KIM SYAZIE

Seorang graduan mendakwa syarikat tempatnya bekerja hanya menawarkan gaji permulaan sekitar RM1,600 bagi jawatan pereka grafik biarpun dia memiliki Ijazah Sarjana Muda.

Menerusi satu video dikongsi pengguna X, gadis itu mengatakan bahawa bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan ijazah yang dia miliki lebih-lebih lagi dia berkerja di Kuala Lumpur.

Dia juga membandingkan dengan gaji pekerja peruncitan yang didakwa jauh lebih tinggi meskipun hanya memegang sijil SPM dan tidak mempunyai pengalaman..

“Basic pereka grafik RM1,600 hidup kat KL, hangpa rasa aku nak hidup macam mana? Bila aku pergi temu duga ‘retail’, dapat basic RM3,000.

“Aku ada ijazah. Gaji pokok RM1,600 sebab aku tak ada pengalaman. Aku buat retail tak ada pengalaman juga gaji pokok aku masih lagi RM3,000 berlandaskan SPM. Tu pun tak tengok sangat keputusan aku. Baik aku balik kampung,” katanya lagi.

Sementara di ruangan komentar, rata-rata netizen berpendapat kadar gaji tersebut tidak berbaloi untuk hidup di Kuala Lumpur kerana kos hidup semakin tinggi. 

Mereka turut memberi cadangan kepada gadis itu untuk berkerja sendiri sebagai freelance sebagai pereka grafik untuk menimba pengalaman.

Ada individu juga yang mendedahkan bahawa realiti bidang pereka grafik memang kebiasaannya menerima gaji rendah. 

Tetapi dengan portofolio yang bagus, anda boleh meminta gaji yang lebih tinggi dalam beberapa tahun kemudian.

Baca juga: Patutlah makan kat kedai lembut je! Rupanya kena goreng dulu sotong kembang