Butik caj RM10 kalau nak masuk kedai tengok baju, duit dikira ‘hangus’ jika keluar tak beli apa-apa 

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini tular dakwaan sebuah kedai mengenakan caj RM10 untuk setiap pelanggan yang masuk ke butik bajunya.

Menurut pendedahan seorang pengguna Tiktok, walaupun ada yang sekadar datang untuk menemani rakan, namun dia juga perlu membayar RM10.

Pihak butik juga menyatakan di dalam notis bahawa wang bayaran masuk itu hanya akan dikembalikan selepas pelanggan sudah membuat sewaan baju sahaja. 

Selain daripada itu sudah dikira hangus.

Tidak berhenti di situ sahaja, wanita itu turut berkongsi sejumlah ulasan di Google dengan majoriti para pelanggan sangat tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan di samping layanan buruk yang diterima ketika di sana.

Hantaran wanita itu meraih perhatian ramai yang terkejut dengan kaedah operasi kedai berkenaan untuk mengaut untung.

Rama jugai yang memilih untuk tidak datang ke butik tersebut kerana rasa tidak berbaloi dan ada sejumlah alternatif lain di luar sana.

Baca juga: “Opah nikahkan ibu yang tak cukup akal, akibatnya aku dan adik-beradik tanggung”