Setiap pasangan yang berkahwin pastikan mahu zuriat sendiri hingga sanggup berhabisan ribuan ringgit demi mendapatkan cahaya mata.
Baik orang biasa mahupun selebriti, ada dikalangan kita yang susah mendapatkan zuriat sendiri tanpa bantuan pakar.
Buat bekas peserta Akademi Fantasia, Marsha Milan sudah merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hujung tahun ini lapor Harian Metro.
Sudah lapan tahun usia perkahwinan, Marsha sudah berbincang bersama suaminya Mohamed Shaiful Nizam mengenai IVF.
Siap buat ‘research’
Setiap prosedur ada kelebihan dan kekurangan maka Marsha bertindak untuk selidik berkaitan IVF dengan rakan-rakan yang sedang menjalani kaedah berkenaan.
“Selepas AJL38, barulah saya buat persiapan untuk rawatan IVF pula. Insya-Allah, jika tiada halangan, saya mahu buat rawatan IVF pada penghujung tahun ini.
“Saya juga nak tengok perjalanan rawatan IVF kawan saya itu terlebih dulu.
Sebenarnya, saya juga takut untuk buat rawatan IVF kerana ada yang beritahu ia ‘painful journey’ (perjalanan menyakitkan),” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Suami dan mentua tak bagi tekanan soal anak
Tambah Marsha dia lega apabila suami dan keluarga mentua tidak pernah mendesak soal anak dan percaya ia bergantung pada rezeki.
“Dia tidak mendesak dalam soal itu dan percaya pada soal rezeki. Sebaliknya saya pula yang bertanya bila mahu bincang soal untuk dapatkan anak itu.
“Mak mentua ada bertanya sama ada saya mahu buat rawatan IVF sambil kami masak di dapur untuk makan tengah hari pada awal tahun lalu.
“Selepas itu, mama (ibu mentua) tidak bertanya lagi sampai sekarang, ” tambahnya.
Pada mulanya Marsha merancang untuk menjalani prosedur tersebut tahun lalu namun membatalkannya untuk beri ruang kepada Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37).
Kini dia tangguh sekali lagi untuk fokus kepada komitmen AJL38 yang akan berlangsung pada awal bulan Mac.
Baca juga: A. Aida cadang buang nama anak dalam wasiat, tak dapat satu sen kalau nikah diam-diam