Bagi peminat ikan pari mesti kebanyakan beli yang dah siap potong kecil di pasar raya tapi senang sahaja rupanya nak siang ikan ni.
Mungkin agak rumit jika dibandingkan dengan ikan biasa tapi kalau dah selalu siang dengan teknik betul boleh jadi pro.
Tips ini dikongsikan pengguna TikTok, tim_greenturae yang menunjukkan dua cara untuk siang ikan pari dan dimuat naik semula oleh MyResipi.
Cara siang ikan pari
Teknik 1
- Gunting mengikut bentuk kepala dan perut ikan pari.
- Buang bahagian kepala dan perut itu.
Teknik 2
- Kikis daki hitam pada kulit ikan pari menggunakan pisau.
- Kemudian terbalikkan ikan pari. Jika anda perhatikan pada bahagian mulut ikan pari, ia seakan berbentuk bulat.
- Guna hujung pisau dan kelar pada bahagian pulut ikan pari secara membulat.
- Buang bahagian insang dan selainnya di dalam ‘bulatan’ itu.
- Buat satu belahan panjang bermula dari kawasan mulut hingga ke perut.
- Buang segala isi dalam perutnya.
- Kemudian cuci bersih bahagia kepala dan juga bahagian perutnya.
- Potong ikan pari mengikut saiz yang disukai.
Nak lebih senang, ikut video di bawah.
Baca juga: Tak sangka air rendaman bendi boleh bantu turun kolestrol, senang nak buat pula tu!