‘Orang tu dah tiada, kalut nak pergi mana?’, Lelaki sindir van jenazah bawa laju di lebuh raya

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sebuah van jenazah yang didakwa dipandu laju di sebuah lebuh raya.

Menerusi satu video tular, van jenazah berkenaan dilihat menggunakan laluan kecemasan di sebelah kiri sebelum memotong beberapa buah kenderaan bagi menyegerakan urusan pengebumian.

Atas sebab itu, pemilik video berkenaan membangkitkan persoalan dengan menulis pada kapsyen; “Kalut-kalut nak pergi mana? Orang tu sudah tiada.

“Bawa elok-elok. Kau nak pergi mana? Yang dah pergi tu dah, tiada apa yang kalut lagi,” katanya 

Namun, tarikh dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Teguran pelayar itu bagaimanapun mengundang padah apabila ruangan komennya dihujani kritikan netizen yang menyifatkannya tidak sensitif terhadap pengurusan jenazah.

Dalam kehidupan ini terdapat tiga perkara atau amalan yang harus disegerakan apabila tiba masanya iaitu solat jika telah masuk waktu, mengahwini anak perempuan yang sudah baligh dan pengurusan jenazah.

“Tak ada istilah kalut, menyegerakan urusan tu”.

“Kita tak tahu jenazah tu dari mana nak ke mana. Urusan jenazah memang perlu disegerakan”.

“Cuba fikir positif, mungkin perjalanan mereka jauh. Kita tak tahu, jangan nak menuduh. Setiap urusan orang berbeza, semogaarwah tenang di sana,” komen netizen.

Baca juga: “Gigih aku daki tangga usung tilam sambil dukung bayi, suami sedap tidur dalam bilik”