“Kakak, abang senang betul bagi alasan dah kahwin, habis aku yang 18 tahun ni kena jaga mak ayah seorang diri”

Oleh MAISARAH AISYA

Jangan pernah meletakkan beban menjaga ibu ayah yang tua ke atas seorang anak sahaja, semua perlu berganding bahu.

Namun ada yang menjadikan adik bongsu sebagai penjaga tanpa langsung membantu hingga akhirnya memberi tekanan kepada seorang sahaja.

Seorang individu, Cinta (bukan nama sebenar) berkongsi kisah abang dan kakaknya yang senang melepaskan tanggungjawab kepada adik selepas mendirikan rumah tangga.

“Aku ni ni anak bongsu dalam keluarga keluarga aku. Bukanlah nak buka pekung di dada.

Cuma dalam keluarga aku ada mindset yang, ‘aku dah kahwin jadi tak perlulah nak sibuk jaga orang tua aku’.

Satu lagi mindset yang adik beradik aku macam tanamkan dalam fikiran dia orang, ‘dak adik ada dah ada nak jaga mak dengan abah’.

Sebenarnya aku macam kecil hati tau dengan adik beradik aku. Semua benda yang melibat ibu bapa, aku yang buat.

Bukanlah nak mengungkit tapi sifat manusia kan. Bila dah lelah mula mengungkit. Betul banyak pahala bila kita jaga parents kita yang dah berumur dan sakit-sakit ni.

18 tahun dah galas tanggungjawab besar

Tapi engkau yang hanya umur 18 tahun waktu tu dah galas tanggungjawab tu. Kau tak rasa benda tu macam membebankan ke.

Kadang-kadang kita penat. Jaga orang sakit ni mencabar emosi dan fizikal. Aku pernah kena jaga arwah mak aku dekat hospital selama 3 minggu non-stop. 

Orang yang tak memahami tak ada kat tempat aku akan cakap sabar. Tapi apa yang adik beradik aku buat. Diorang abaikan aku sebab alasan aku yang nak jaga mak.

Aku sampai mengamuk hampir bergaduh sebab aku nak rehat. Jaga orang sakit kat hospital, dengan tidur yang tak selesa.

Bila aku cakap diorang buat tak tahu. Lelah semua ada. Bila arwah mak aku meninggal, sentap rasa macam kau tak ada buat benda yang berjasa dekat mak.

Sekarang benda yang sama jadi lagi. Untuk pengetahuan korang, mak aku dengan ayah aku ada kencing manis dan mak aku meninggal sebab komplikasi kencing manis.

Ayah aku sekarang kaki dia luka. Tak ada nak tanya khabar pasal ayah aku. Aku yang masakkan untuk ayah aku. Yang bawa pergi klinik or hospital pun aku juga.

Bila hari tu ada tulang kaki ayah aku patah, baru terhegeh-hegeh semua nak tanya, call aku tanya abah macam mana. Bebel dekat aku jaga kesihatan ayah aku.

Kekadang aku rasa nak menyerah kalah. Dah tak larat. Rasa nak jerit aku seorang je ke anak mak dengan abah aku.

Betul kalau kau renungkan, inilah ujian untuk Allah buat aku. Tapi seorang manusia yang terlalu penat akan mengeluh juga.

Harap siapa yang kena menghadap benda yang lebih kurang macam ni aku doakan semoga Allah kuatkan iman kita dari fikiran yang negatif.

Ingat pelangi hanya muncul setelah hujan. Ujian juga yang akan mematangkan fikiran kita.”