Ini cara betul nak buat paru goreng ‘crispy’, makan dengan nasi ‘confirm’ asyik tambah!

Oleh KIM SYAZIE

Bila nampak sahaja orang jual paru goreng ‘crispy’ lalu dekat media sosial, laju rasa nak beli, makan dengan nasi, tak perlu nak tambah lauk lain.

Tapi sebekas tu tak tahan lama, tambahan pula dah rasa macam makan snek, tak mungkinlah nak selalu beli sebab bukan murah.

Nah! cuba resipi yang dikongsikan Facebook, Norlela Abdullah di halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

“Akhirnya dapat buat paru goreng crispy. Selalu anak-anak beli sebekas sampai RM30.
Kawan-kawan boleh jadikan pendapatan sampingan kalau rajin.”

Resipi paru goreng ‘crispy’

Kalau nak beli sebekas mahal, sikit pula tu! Wanita kongsi resipi paru  goreng 'crispy'

Bahan-bahan:

  • Paru
  • Bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Tepung beras
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara-cara:

  1. Rebus paru.
  2. Sejukkan dalam chiller semalaman supaya senang nak hiris bila dah keras.
  3. Kalau hiris tanpa dimasukkan dalam chiller susah nak hiris nipis.
  4. Hiris senipis mungkin dengan pisau tajam.
  5. Blend semua bahan dengan sedikit air.
  6. Gaul dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  7. Bila dah agak masak boleh kecilkan api.
  8. Pastikan paru dah agak keras seperti kerepek baru angkat. Kalau tak nanti tak crispy.

Selamat mencuba!

Baca juga: Khusus buat penggemar rasa pedas, kafe jual kopi latte bersama hirisan cili – “Laku 300 cawan sehari!”