“Jijik! Boleh bayang bau badan” – Netizen bidas ‘mat saleh’ bangga tak mandi 3 hari walaupun badan berpeluh

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu cuaca di Malaysia sekarang ini sudah mulai terasa bahang dan pastinya ramai akan kerap mandi disebabkan peluh.

Tak mandi sehari pun badan rasa melekit disebabkan peluh, entah bagaimana ada manusia yang sanggup biar badan berbau kerana hal kecil.

Satu video pasangan pelancong tular selepas mereka mendedahkan tidak mandi semasa berada di Pulau Pinang kerana air berwarna sedikit kuning.

Isu tersebut sememangnya tidak menyenangkan rakyat negara ini kerana faktor cuaca akan menyebabkan bau badan menjadi busuk.

Alasan diberikan pelancong tersebut adalah kerana air berwarna kuning menyebabkan mereka lebih rela berpeluh dan berbau sebelum ke destinasi seterusnya.

Malah mereka turut dilihat berbaring di atas katil tanpa mandi dan sempat keluar mencari makanan sebelum pulang ke bilik penginapan baru.

Rata-rata netizen menempelak sesetengah individu yang memandang tinggi mereka berkulit putih ini.

“Tak mandi dekat Malaysia siap berjalan-jalan lagi dengan bau badan tu. Menjijikkan dan orang sini cakap orang putih berbau harum dan bangla busuk.

“Jangan bangga sangat tak mandi, anda datang ke Asia Tenggara atau mana-mana negara tropika, tolonglah bersihkan diri sekurang dua kali sehari dan guna deodoran.

“Semua sebab air kuning, tu air karat je, jangan minum kotoran tu dan anda akan baik. Kalau takut sangat belilah air botol mineral dan mandi,” antara komen netizen.

Baca juga: Wanita kesal doa mahu suami ‘sebaik malaikat’ makbul, tak bahagia kerana masalah ini