“Senang je suruh hantar tentera” – Netizen perli ahli Pas, terdiam dibidas panel lain

Oleh MAISARAH AISYA

Bab bercakap semuanya boleh namun untuk melaksanakan sesuatu perkara memerlukan lebih daripada lisan, strategi yang betul diperlukan agar masalah tidak terjadi.

Memang senang untuk menyuruh kerajaan menghantar bantuan ketenteraan tapi bagaimana pula dengan laluan masuk dan sumber senjata api yang perlu dibeli.

Tular klip pendek podcast ‘The Amin Idris Show’ di media sosial mengenai tajuk ‘Taksub Politik Taksub Agama’.

Ahli Pas, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkongsi bagaimana kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menggerakkan tentera negara ini ke Palestin.

“Kita tahu bagaimana kuasa kerajaan ini, apabila berlakunya perang di peringkat dunia, maka PMX ada kuasa untuk menggerakkan ketenteraan dan buat lebih daripada itu,” ujarnya.

Pada masa sama Adun Sungai Burong melihat banyak lagi yang boleh dilakukan PMX dan bukan sekadar menerusi sokongan sahaja.

“Persidangan yang dihadiri sebagai contoh sudah sebulan berlaku barulah kita mengecam sepenuhnya, dah roboh dah pun, baru nak kecam.

“Mesti ada satu tindakan lebih signifikasi yang banyak dan konsisten dalam semua aspek barulah kita nampak ia benar dan boleh disokong,” tambahnya.

Tak pandang rendah usaha kerajaan

Perkara tersebut dipersetujui Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang melihat ada ruang boleh diperbaiki kerajaan namun tidak memandang rendah usaha dilakukan Anwar.

“Saya setuju kerajaan ada ruang tapi secara perbandingan dengan negara Arab, Malaysia buat jauh lebih baik.

“Bila kita kendalikan kerajaan di peringkat antarabangsa, mesti ada halangan tertentu kita akan hadapi bila melibatkan ketenteraan.

“Macam Malaysia kita tak boleh hantar ikut suka, kita terikat dengan negara enam. Pelbagai cabaran perlu dilalui. Nak beli senjata pun perlukan persetujuan kuasa lain.

“Ada ruang untuk perbaiki tapi kita tak boleh nafi usaha yang dilakukan kerajaan selama ini,” tambah Mohd Asri.

Rata-rata netizen memerli ahli Pas yang dilihat hanya tahu mencadangkan tapi tidak mengkaji kesesuaian negara sendiri.

“Awal-awal lagi lepas 7 Oktober, PMX dah cakap cadangan hantar tentera bukan senang, kena ada sokongan negara Arab, kalau main masuk je Gaza memang sia-sia nyawa.

“Idea gesa PMX hantar tentera ke Gaza adalah mengarut dengan melihat situasi semasa negara. Hizbullah dari kem al Muqawwamah pun sehingga kini tak masuk lagi.

“Pas ni kan.. kalaulah PMX hantar tentera ke gaza, kemudian israel serang dan boikot Malaysia balik. Nanti Pas juga paling lantang nak salahkan PMX,” antara komen netizen.

Baca juga: Identiti sebenar Habib Mawla Amin terbongkar, PDRM siasat cubaan wujud ‘Kerajaan 9’