Hubungan intim antara suami dan isterinya seharusnya menjadi rahsia di sebalik kelambu dan tidak elok dirakam walaupun untuk tontonan sendiri.
Bila suami dah meminta maka kebanyakan isteri mula rasa bersalah untuk menolak, siapa sahaja selesa dirakam dalam keadaan tanpa seurat benang.
Seorang wanita, Lela (bukan nama sebenar) meluahkan kegusaran apabila bekas pasangan pernah merakam aksi intim mereka semasa bergelar suami isteri.
“Aku sekadar ingin kongsikan pengalaman aku berkahwin untuk tempoh empat tahun, sekadar kesedaran dan bukan untuk menakut-nakutkan.
Ini adalah perkahwinan pertama aku dan aku isteri ketiga kepada suami aku. Suami aku nikah dan cerai hidup. Aku tidak berpoligami.
Dalam tempoh perkahwinan kami tiada cahaya mata. Tiada rezeki. Awal perkahwinan indah belaka.
Apa yang aku minta dapat, nafkah cukup. Kasih sayang dan perhatian cukup. Dari segi perwatakan suami aku baik layanan pada aku.
Mula perangai pelik
Cuma, setelah setahun kahwin, suami aku kerap meminta aku melakukan perkara yang bukan-bukan.
Antara yang aku ingat, dia sentiasa minta gambar aku tanpa seurat benang walaupun dia di tempat kerja. Aku di rumah.
Aku turutkan juga la sesekali, ada masa aku tak layan dengan alasan sibuk.
Pernah juga bila berhubungan suami isteri, dia cuba untuk rekod video. Aku beberapa kali tolak. Alasannya sekadar suka-suka. Tapi suamiku tetap tak mengendahkan.
Ada juga aku jumpa beberapa video aku, gambar aku yang tidak senonoh. Aku syak suami aku terlibat dengan video lucah.
Tapi ternyata sangkaan aku meleset. Tiada apa-apa aplikasi yang disyaki.
Rela diri dirakam
Akhirnya aku rela setiap kali berhubungan suami isteri, suami akan rekod aksi kami. Aku tak pernah bantah kerana bagi aku, dia hanya simpan untuk dirinya.
Dipendekkan cerita, aku bergaduh besar dengan suami dan mohon cerai dan kami bercerai.
Bila dah bercerai mula aku rasa takut dengan semua video yang dirakam.
Aku ada juga simpan dalam masa yang sama aku tak rasa bekas suami aku akan delete. Cuma setakat hari ini tiada apa-apa ugutan daripada dia.”
Jadikan sebagai satu pengajaran sah atau tidak, jangan biar aksi intim anda dirakam pasangan, bimbang ia boleh menyebabkan tekanan emosi selepas berpisah.
Baca juga: “Orang lain berubat badan aku pula yang sakit, ustazah akhirnya bongkar perbuatan mentua”