Kalau pergi gerai kecil atau pasar malam, mesti semua perasan ayam di sana ranggup tak sama kalau buat dekat rumah.
Buat banyak mana pun, semua ayam nampak ranggup dan sedap dimakan walaupun dah sejuk.
Resipi ini dikongsi oleh seorang peniaga Yayar B. Awang Noh di Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Resipi ayam goreng homemade
Bahan-bahan:
- 700g tepung gandum
- 1kg tepung beras
- 300g tepung ubi kayu
- 3 sudu serbuk lada putih (sudu teh)
- 7 sudu stok ayam serbuk (sudu makan)
- 7 sudu perasa (sudu makan)
- 7 sudu garam (sudu makan)
Cara buat tepung sendiri:
- Kisar kering serbuk perasa dan garam sehingga halus.
- Kemudian, campur semua bahan dan kacau sehingga sebati. Siap tepung buatan sendiri.
- Saya akan campur tepung segera yang dibeli dan buatan sendiri.
Cara buat ayam goreng homemade
- Selepas ayam siap dicuci bersih, dalam keadaan basah tu pecahkan sebiji atau dua biji telur. Bergantung pada kuantiti ayam.
- Taburkan sedikit tepung ayam tadi untuk memekatkan.
- Dalam bekas yang lain, sediakan tepung yang banyak untuk salut ayam.
- Ambil ayam dan gaul dalam tepung tadi. Jangan terlalu nipis dan tebal sangat.
- Terus masukkan ke dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
- Goreng sehingga bertukar warna keperangan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Buat dekat rumah lagi senang! Ini cara nak sediakan telur masin ‘homemade’